Buletin

PERODUA GIATKAN KEMPEN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK – TAWAR KERUSI GEARUP PADA HARGA BERMULA RM660

Perodua berazam unntuk lebih  agresif dalam kempen penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan sebelum penguatkuasaannya bermula pada tahun 2020.

“Kesedaran dan pematuhan yang masih kurang terhadap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kalangan pengguna jalan raya Malaysia amat membimbangkan.

“Sedangkan kanak-kanaklah yang paling terdedah kepada bahaya ketika berada di dalam kenderaan yang bergerak,” kata Naib Presiden PeroduaAuto Corporation Sdn. Bhd. Datuk Ahmad Suhaimi Hashim.

Pada Oktober 2017, Perodua melancarkan kempen keselamatan jangka panjang mengenai kepentingan menggunakan tanda isyarat dan memakai tali pinggang keledar. Selain tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Turut dilancarkan pada masa itu adalah kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX GearUp dalam duamodel – Infant dan Toddler. Kerusi Infant sesuai untuk bayi yang mempunyai berat sehingga 13 kg dan boleh didapati dalam warna merah atau kelabu.

Manakala Kerusi Toddler adalah untuk kanak-kanak dengan berat di antara 9-36kg dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.

“Sepanjang Ramadan ini, Perodua akan menjalankan kempen untuk mendidik, memberi kesedaran serta mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, terutama semasa perjalanan balik kampung untuk berhari raya,” kata Suhaimi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perodua.

Justeru, bermula 13 Mei hingga 30 Jun, Perodua akan menawarkan kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX GearUp pada harga promosi RM660 (Infant) dan RM780 (Toddler), diskaun daripada RM785 dan RM975 sebelum ini. 

Penasihat jualan dan servis di cawangan Perodua akan menjelaskan penggunaan dan manfaat kerusi keselamatan kanak-Kanak ISOFIX GearUp serta cara pemasangan yang betul.

Perodua juga mengalu-alukan orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen selepas jualan terkininya. Ia menawarkan diskaun caj buruh sebanyak 50% apabila anda berbelanja RM170 dan ke atas, sebelum cukai dan diskaun di dalam satu resit.

Tawaran ini boleh didapati di semua pusat servis sah Perodua di seluruh negara pada 14, 16, 21 dan 23 Mei (1 petang – 5 petang), 27 hingga 31 Mei (8.00am – 5pm) dan 3 Jun (8.00am – 5pm).

“Kempen keselamatan ini amat penting kerana kami percaya keselamatan itu hak semua. Perodua akan terus berusaha untuk meningkatkan piawaian keselamatan demi kepentingan para pelanggan dan rakyat Malaysia,” kata Suhaimi.

Google ads
Back to top button