Artikel Pilihan

FORD FOCUS ACTIVE WAGON – WAGON KHUSUS UNTUK PAPA!

Pengeluar Ford Motor Company telah pun melancarkan model hatchback ikonik mereka yang baharu, Ford Focus, lengkap dengan kehadiran varian sporty Focus ST. Namun itu bukanlah alasan untuk Ford melupakan golongan yang sudah berkeluarga. Mereka ini mungkin suatu ketika dahulu pernah memiliki Ford Focus sebagai kegunaan harian. Dan apabila mereka sudah berkeluarga, sudah tentu model sedia ada tidak begitu relevan dengan situasi yang sudah beranak – pinak.

Maka, Ford turut memperkenalkan varian yang khusus untuk golongan yang berkeluarga, Ford Focus Active Wagon. Model ini sebenarnya telah diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Namun untuk memastikan ianya terus segar dalam pasaran, maka sudah tentulah model facelift harus diperkenalkan. Jelas sekali rupa luaran bahagian meminjam rupa saudara terdekatnya, Ford Focus terutamanya di bahagian muka hadapan. Cumanya untuk varian model Wagon ini, ianya telah dilembutkan sedikit bagi memberikan isyarat bahawa ianya adalah model kenderaan untuk keluarga. Tetapi kalau diperhatikan dengan jelas, ianya bukanlah sembarangan Wagon. Tengok nama Active Wagon pun kita boleh mengagak. Ini adalah Wagon yang tampil dengan imej sedikit lasak, terutamanya pemadanan body cladding yang nipis itu.

Rekaan lampu utama kini menggunakan LED sepenuhnya dengan rekaan yang nampak lebih moden. Rekaan gril dan bampar turut menerima perubahan kecil berbanding model model standard Ford Focus supaya kelihatan lebih mesra keluarga tetapi masih kelihatan sporty. Perubahan yang agak ketara sudah tentu peralihan logo Ford ke kawasan tengah gril.

Trenkuasa untuk menggerakkan Wagon ini masiih dikekalkan seperti model sebelumnya. Cuma pilihan trenkuasa 1.0 liter EcoBoost Hybrid kini turut ditawarkan kepada pengguna.

Ruangan kabin Wagon kini menampilkan sistem infohiburan SYNC 4 terkini serta menggunakan skrin sesentuh bersaiz 13.2 inci untuk paparan yang lebih besar. Ianya kini didatangkan dengan fungsi sambungan Apple Car Play serta Android Auto serta berupaya memaparkan info penting kepada pemandu seperti navigasi, cuaca, trafik, serta maklumat mengenai ruangan parkir terdekat.

Dan untuk model terkini ini, beberapa ciri naik taraf telah diberikan seperti Blind-spot assist, Blind-spot monitoring with Trailer Coverage serta Intersection Assist yang mana ianya akan memberikan kelebihan kepada pemandu untuk meramal sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu di jalanraya.

Tapi ciri yang paling penting pada model ini sudah tentulah keupayaan untuk Wagon ini membawa barangan / muatan dengan kapasiti yang lebih besar menjadi taruhan mengapa ianya harus menjadi pilihan buat Papa Papa di luar sana. Sudahlah nampak kacak, laju juga pula tu Ford Fcous Active Wagon ini kan? Oh ya, sebenarnya

BACA : FORD FOCUS ST 2022, 2.3L ECOBOOST 6 KELAJUAN MANUAL!

BACA : KISAH MENARIK FORD LTD STATION WAGON BERHARGA RM9 JUTA

Google ads

B K

Back to top button