PREDATOR TRITON 700 – KOMPUTER GAMING BERKUASA TINGGI ACER
Acer Malaysia baru-baru ini memperkenalkan penambahan terbaharu dalam rangkaian Predator Gaming keluarannya di Malaysia.
Ia diketuai oleh laptop Predator Triton 700 yang hadir bersama NVIDIA GeForce GTX 1080 reka bentuk Max-Q boleh di-overclock serta papan kekunci mekanikal N-Key Roll Over berprofil rendah pertama Acer.
Intel Core Generasi ke-7
Menampilkan pelbagai inovasi terbaik peranti gaming legenda – Predator 21 X yang dipadatkan ke dalam satu chasis aluminum senipis 18.9mm yang minimalis. Ia memberikan keseimbangan yang sempurna dari segi saiz, prestasi dan ciri.
Komputer riba ini dikuasakan oleh pemproses Intel Core Generasi ke-7 dan NVIDIA GeForce GTX 1080 terkini dengan reka bentuk Max-Q1 boleh di-overclock untuk menawarkan prestasi permainan video yang ekstrem.
Predator Triton 700 dibina dengan dua konfigurasi NVMe PCle SSD dalam RAID 0 dan memori DDR4 2400 MHz sehingga 32GB untuk kelajuan maksimum serta ruang storan yang besar.
Sistem thermalnya mantap hasil sistem Dual AeroBladeTM 3D Fan Acer dengan bilah besi paling nipis di dunia iaitu 0.1mm. Ia dipadankan bersama penggunaan kuasa bateri yang efisien untuk membolehkan tempoh gaming lebih lama.
Dual AeroBladeTM 3D Fan serta sistem penyejukan udara yang hiper efisien pada bahagian atas dan bawah membantu meningkatkan aliran udara sehingga 35%, sekali gus memaksimumkan kuasa sebenar Predator Triton 700.
Peranti ini diserlahkan lagi dengan plat Corning Gorilla Glass yang besar pada bahagian atas papan kekunci yang bertindak sebagai tingkap kepada sistem penyejukan. Ia mempamerkan keunikan AeroBladeTM 3D Fan dan lima paip haba. Plat kaca itu juga berfungsi sebagai papan sesentuh (Precision Touchpad).
Bagi menawarkan pengalaman bermain video yang benar-benar mengasyikkan, Predator Triton 700 sedia VR menjanjikan visual lebih terang serta jelas pada paparan Full HD IPS bersaiz 15.6 inci yang turut menyokong NVIDIA G-SYNC untuk permainan yang lebih lancar.
Visual permainan sempurna dengan sudut pandangan 170 darjah, kadar segar semula yang teramat pantas 120Hz dan keterangan 300 Nits menawarkan aksi bebas kabur dengan menghilangkan masalah skrin terkoyak serta meminimumkan senggukan.
Dengan gabungan sistem bunyi keliling Acer TrueHarmonyTM dan Dolby Atmos, pemain boleh menikmati kualiti bunyi akustik yang jelas untuk pengalaman lebih mengasyikkan.
Predator Triton 700 turut menampilkan teknologi Killer DoubleShot Pro yang akan memilih rangkaian ketersambungan paling pantas (Ethernet atau tanpa wayar) untuk menghantar trafik yang lebih penting.
Ketersambungan ThunderboltTM 3 yang laju pula menyediakan penghantaran sehingga 40Gbps dan menyokong output video 4K. Dengan tiga monitor keliling, Predator Triton 700 membolehkan pemain bermain permainan video dalam satu setup yang sangat luas.
Perisian Acer PredatorSense yang sudah siap dipasang membenarkan pemain mengubah suai kesan lampu RGB dan mengawal pengalaman keseluruhan gaming daripada satu antara muka utama. Pemain boleh mengoptimum, meningkat dan memantau menerusi kawalan permainan termaju yang sedia untuk digunakan, seterusnya memberi pengalaman unik kepada mereka.
Pakej Predator Triton 700 dilengkapkan lagi dengan papan kekunci mekanikal yang tepat dan amat responsif. Setiap kekunci dinyalakan oleh RGB dan boleh diprogram secara individual untuk memberi penampilan tersendiri serta pengalaman bermain video yang tiada tandingannya.
Terdapat dua pilihan untuk para pelanggan di Malaysia. Varian tertinggi Predator Triton 700 ditawarkan pada harga RM13,999 seunit. Manakala satu lagi konfigurasi dengan GTX 1060 pula berharga RM9,999 dan sudah mula dijual di semua penjual sah Acer di seluruh negara dan Acer Online Stores.
Pelanggan yang membeli Predator Triton 700 dengan GTX1080 akan diberikan kerusi TTe-Sports GT Fit Predator edisi khas berharga RM1,399, tetikus Predator Gaming berharga RM499 dan kemeja-t Predator Gaming berharga RM99.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://a-redemption.com/.