Artikel Pilihan

DRON KAMERA RED BULL MAMPU KEJAR KERETA FORMULA 1 – LAJU BETUL TU

Sementara pasukan F1 lain sibuk dengan persiapan perlumbaan musim ini yang bakal bermula, pasukan Red Bull pula sedang berusaha untuk memberikan video dan gambar paling menarik di sepanjang perlumbaan. Macam mana caranya? Dron kamera abang kakak semua. Bukan dron kamera biasa tapi dron kamera terlaju di dunia yang dihasilkan bersama dengan DDG (Dutch Drone God) yang memang popular bagi peminat dron.

Dron kamera yang biasa digunakan orang ramai biasanya mempunyai kelajuan sekitar 60 kmj dan bagi memastikan dron kamera mereka mampu mengejar jentera RB20 Max Verstappen, dron buatan DDG mesti mampu terbang selaju 350 kmj!

Bagi mencapai sasaran tersebut bentuk rekaan dron mesti diubahsuai dan DDG mendapat bantuan dari Red Bull Advanced Technologies dan lahirkan dron dengan rupa paras seperti roket. Walaupun ia bukan dron paling laju di dunia tapi ia masih mampu merakam jentera perlumbaan yang bergerak laju.

Untuk memastikan rakaman pusingan di Silverstone cukup sempurna, dron itu juga mesti mampu berhenti seperti jentera F1 dan ia semestinya akan membebankan sistem dan memakan banyak kuasa bateri. Sebab itulah baterinya hanya mampu bertahan selama 3 minit sahaja.

Dah siap bina satu hal. Kena cari pula seseorang yang mampu terbangkannya dengan baik. Juruterbang yang dipilih ialah Ralph Hogenbirk yang juga dikenali dengan nama Shaggy FPV. Terer mamat ni, dia boleh terbangkan dron sambil mengawal sudut kamera menggunakan kaki. Itu belum kira terbang mencilok-cilok di celah-celah jejantas dan papan iklan dan pada masa yang sama mengelakkan pusaran angina dari belakang jentera F1.

Hasilnya lahirlah gambar-gambar jentera F1 yang paling menarik dan mencabar pernah dihasilkan. Dron dan pilot sama handal sebab berjaya mengejar Verstappen dalam keadaan cuaca hujan di litar Silverstone. Kena suruh abang Japar beli satu ni untuk kegunaan team Mekanika.

Google ads
Back to top button