Buletin

PROTON BAKAL LANCAR SAGA 2022 KHAMIS INI. VARIAN DAN WARNA BAHARU?

PROTON bakal melancarkan Saga 2022 yang dipertingkatkan (MC2) pada Khamis ini melalui laman rasmi Facebook Proton Cars.

Majlis pelancaran akan berlangsung pada pukul 9.45 pagi.

Melalui laman Facebook Proton Cars, ia mendedahkan teaser seperti rim aloi 15 inci multi-jejari dan rekaan muka hadapan sedan terbaharu itu.

Model terbaharu itu dikatakan akan menawarkan empat varian iaitu 1.3L Standard MT,1.3L Standard AT, 1.3L Premium AT dan varian baharu1.3L Premium S AT.

Difahamkan, kemungkinan besar Saga 2022 akan ditawarkan dengan sentuhan warna baharu yang lebih segar dan berjiwa muda.

Ciri-ciri lain menarik baharu termasuk Gril Infinite Weave dengan lencana baharu PROTON, aksen merah menggantikan krom pada model sedia ada dan rekaan konsol tengah baharu.

Selain itu, ia hadir dengan cermin sisi hitam, kawalan penyaman udara digital seperti Iriz dan tiada lagi ruang simpanan bawah penyaman udara tengah.

Justeru, sama-samalah kita nantikan Khamis ini untuk melihat sendiri apa kelebihan dan perubahan baharu yang didatangkan PROTON Saga baharu tersebut. – FB PROTON Cars

Google ads
Back to top button