
PROTON e.MAS 7: TEMPAHAN KINI DIBUKA, DUA VARIAN, ANGGARAN HARGA RM120K
Pro-Net hari ini secara rasmi mengumumkan Proton e.MAS 7 kini dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga RM120,000.
Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian iaitu varian asas Prime varian tertinggi Premium.
Proton e.MAS 7 merupakan model EV pertama yang dibangunkan oleh Proton dengan menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA).

Proton e.MAS 7 mempunyai dimensi sepanjang 4,615mm, lebar 1,901mm, tinggi 1,670mm, dan jarak roda 2,750mm.
Proton e.MAS 7 ditawarkan lima warna iaitu:
- Platinum Silver
- Turqouise Blue
- Slate Gray
- Quartz Rose
- Lithium White
Menerusi pendedahan dibuat hari ini, kenderaan elektrik nasional pertama ini hadir dengan rim 18-inci bagi varian Prime, sementara varian Premium dipadankan dengan rim 19-inci.
Kelengkapan lain termasuklah bumbung panoramik, tailgate kuasa dan Active Grille Shutter pula hanya terdapat pada varian tertinggi.

Menjengah dalam kabin, kedua-dua varian dilengkapi kluster instruman LCD 10.2-inci, skrin tengah 15.5-inci, stereng multifungsi, sistem audio Wanos 16-pembesar suara kerusi pemandu dengan pelarasan kuasa enam hala.
Perincian menarik lain bagi varian Premium termasuklah pencahayaan ambien 256 warna, cermin pandang belakang auto dimming, pelarasan kuasa empat hala untuk kerusi penumpang depan, fungsi memori untuk kerusi pemandu serta fungsi ventilasi untuk kerusi depan.
Bukan itu sahaja, ia turut disertakan dengan pendingin hawa automatik dengan penapis N95 dan Vehicle-to-Load (V2L), Intelligent Keyless Entry and Start, Walk Away Auto Lock serta pengecas tanpa wayar.
Beralih pada kuasa, Kedua-duanya varian dijana oleh motor elektrik yang sama tetapi dengan kapasiti bateri serta kelengkapan berbeza.

Proton e.MAS dikuasakan oleh motor elektrik “12 dalam 1” pada gandar depan, di mana ia berupaya menghamburkan 218PS dan 320Nm.
Ia mempunyai daya pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.9 saat dan had kelajuan maksimum ditetapkan 175 km/j.
Bagi varian Prime, ia hadir kapasiti bateri 49.52kWj, menawarkan jarak gerak sejauh 345km, sementara varian Premium pula dipadankan dengan pek bateri 60.22kWj, memberikan jarak gerak sejauh 410km.
Untuk pengecasan, e.MAS 7 disokong oleh pengecasan pantas DC sehingga 80kW untuk Prime dan 100kW untuk Premium, di mana ia hanya memerlukan 20 minit untuk pengecasan dari 30% hingga 80%.
Selain itu, pengecasan AC 11kW pula berupaya mengecas bateri 30%-80% dalam tempoh 4.9 jam (Prime) dan 6.1 jam bagi varian Premium.

Dari segi keselamatan pula, ia disertakan dengan enam beg udara, kamera 360 darjah dan radar belakang, manakala radar depan hanya tersedia untuk varian Premium, ADAS tahap 2, merangkumi ciri-ciri seperti dinyatakan dibawah;
- Intelligent Cruise Control (ICC)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Automatic Emergency Braking (AEB)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Dynamic Brake Support (DBS)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Emergency Lane Keeping Assist (ELKA)
- Rear Collision Warning (RCB)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
- Lane Change Assist (LCA)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Door Open Warning (DOW)
- Traffic Sign Identification (TSI)
Seperti dinyatakan di atas, Proton e.MAS 7 ditawarkan pada anggaran harga RM120,000 dan pelanggan terawal membuat tempahan akan menerima Pioneer Privilege Deal sebanyak RM500 serta Pioneer Gift Pack bernilai RM1,000.
GALERI:

















- BACA: WANITA SAMAN JETBLUE KERANA HIDANGKAN AISKRIM TERLALU SEJUK DALAM PENERBANGAN – SERIUS LA
- BACA: HYUNDAI SONATA THE EDGE 2025 UNTUK KOREA, HARGA MODEL TERATAS TURUN
- BACA: HYUNDAI RN24 JADI MAKMAL BERGERAK, 641 PS DENGAN BADAN TERBUKA, TANPA BUMBUNG
- BACA: JEEP WRANGLER PALING KURUS DI DUNIA DITEMUI – BANYAK DUIT LEBIH NI