Buletin

TAKTIK PINTAS KENDERAAN DAN SAMUN. PENGGUNA JALAN RAYA PERLU HATI-HATI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik penjenayah memintas kenderaan dan menyamun mangsa.

Menurut laman Facebook PDRM, jika sedang memandu kenderaan dan berasa seperti diekori kenderaan mencurigakan, langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.

PDRM telah mengesan taktik yang digunakan oleh penjenayah dengan cara memintas kenderaan sebelum melakukan kegiatan samun.

Ikuti modus operandi penjenayah tersebut dan nasihat daripada pihak Polis untuk mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya:-

  • Suspek menggunakan kenderaan pacuan empat roda akan membuat pintasan di hadapan kereta mangsa secara berbahaya.
  • Dengan bersenjatakan parang, suspek menghampiri kereta dan memecahkan cermin pintu di tempat duduk pemandu dan penumpang.
  • Mangsa akan ditarik keluar dari kereta sebelum suspek melarikan kenderaan berkenaan bersama barangan berharga.

Katanya lagi, sekiranya berdepan kejadian sedemikian, pengguna jalan raya dinasihatkan tidak melawan bagi melindungi keselamatan diri dan penumpang.

Hubungi talian kecemasan 999 untuk dapatkan bantuan dengan kadar segera. – FB PDRM

Google ads
Back to top button