
Motosikal
RASMI: QJMOTOR AX200S DIRASMIKAN – RM7,988
MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan skuter QJMotor AX200S untuk pasaran tempatan. Menariknya, MForce menepati janji dengan menawarkan model terbaru itu dengan harga hanya RM7,988.
Berbekalkan enjin satu silinder 175cc SOHC, skuter ini berupaya menjana 18.1hp pada 8,500rpm dan 15Nm pada 6,500rpm. Ini bermakna skuter ini lebih berkuasa berbanding Yamaha NVX 155 (15.5hp) dan Honda Vario 160 (15.1hp).
Kami difahamkan skuter ini hadir dengan ABS dwi-saluran serta sistem traction control. Kelengkapan lain turut disenaraikan termasuk fork teleskopik, rim 14-inci depan dan belakang serta cakera brek 230mm depan dan 220mm belakang.
Berikut perincian lain ditawarkan:
- tangki bahan api berkapasiti 10L
- berat 127kg
- ketinggian tempat duduk 780mm
- jarak kelegaan tanah 145mm