Pandu Uji

RENAULT FLUENCE FACELIFT

Sedan segmen C jenama dari Perancis ini mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada Mei tahun lalu.

SONY DSC

Semalam, pengedar rasmi kenderaan jenama Renault di Malaysia, TC Euro Cars Sdn. Bhd. (TC Euro) melancarkan pula Renault Fluence yang telah ditambah baik. Sedan itu menampilkan gayaan lebih menarik, teknologi terkini dan meneruskan pakej selepas jualan yang sukar ditandingi.

Fluence ditawarkan dalam dua varian iaitu Expression dan Dynamique. Harga di atas jalan termasuk insurans ialah RM112,178 untuk Expression dan RM123,481 (Dynamique).

SONY DSC

Kedua-duanya dibezakan menerusi ciri tertentu. Sebagai varian lebih premium, Dynamique dilengkapi lampu nyalaan siang (DRL) LED, lampu belakang LED, rim aloi ‘Akihiro’ dua tona bersaiz 17 inci dan jaminan penyelenggaraan selama lima tahun.

Expression pula hadir bersama beberapa ciri standard seperti kad kemasukan tanpa kunci, pendingin hawa automatik dua zon, kamera mengundur, kalawan jelajah dengan pengehad kelajuan serta lampu dan penggilap cermin automatik.

SONY DSC

Perubahan aspek luaran dapat dilihat dengan jelas pada bahagian bampar hadapan yang kini mengetengahkan rekaan sama seperti model Clio dan Koleos baharu.

Di bahagian kabin, tidak banyak perubahan dapat dilihat. Paling ketara ialah penggunaan material fabrik pada tempat duduk varian Expression dan kulit untuk Dynamique.

SONY DSC

Fluence juga mengaplikasikan sistem multimedia Renault R-Link. Ia terdiri daripada paparan skrin sentuh, sistem navigasi, fungsi telefon dan boleh disambung dengan peranti muzik yang lain.

Sama seperti model terdahulu, Fluence dikuasakan unit enjin yang turut digunakan oleh Nissan Sylphy. Enjin bersesaran 2.0 liter itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 143hp dan tork maksimum 195 dengan kadar penggunaan bahan api sekitar 7.7 liter untuk setiap 100lm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT X-Tronic yang menjanjikan pemanduan lancar.

SONY DSC

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Fluence dipasang enam beg udara, sistem brek ABS dengan BA dan EBD, ESP, ASR, ISOFIX serta sistem anti kecurian.

Apa yang lebih menarik, Fluence baharu menawarkan pakej khidmat selepas jualan terbaik, dikenali sebagai 5 inFluence.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button