Motosikal

TAHUKAH ANDA? JUALAN Q3 DUCATI TERBAIK SETAKAT INI

Rata-rata perniagaan sedang cuba untuk kembali akibat pandemik Covid-19 yang melanda sekarang ini. Ada syarikat yang telah berjaya menunjukkan pemulihan atau dalam konteks tempatan jualan Perodua dan PROTON.

Kami tidak dapat pastikan dengan tepat kenapa dan bagaimana namun apa yang pasti manusia tetap perlukan kenderaan. Selain itu ada juga pengguna yang tidak terjejas dan masih memerlukan kenderaan untuk pelbagai tujuan.

Bagaimana pula dengan syarikat pengeluar motosikal kuasa tinggi?

Ducati menunjukkan perkembangan positif dengan mencatatkan jualan sebanyak 14,694 unit motosikal seterusnya merekodkan prestasi suku ketiga terbaik.

Prestasi Ducati sebenarnya telah mula menunjukkan angka positif pada Jun lagi dengan 4,468 unit motosikal diserahkan kepada pelanggan.

Jumlah tersebut dapat menampung jualan yang menurun pada tempoh awal tahun 2020 dan juga jurang di antara tahun 2019.

Seperti yang kita ketahui, tahun 2020 setakat ini merupakan tempoh rumit akibat dari pandemik Covid-19.

Masa yang sukar perlu diharungi dan Ducati telah mengambil langkah mengutamakan keselamatan pekerja dan menggunakan pelbagai kaedah pencegahan seperti smart working dan menghentikan pengeluaran selama enam minggu.

Selain itu, Ducati telah memanfaatkan sepenuhnya sistem digital untuk terus melayani pelanggan dan peminat sebagai contoh pengenalan Streetfighter V4 dan Ducati Scrambler 1100 PRO secara maya.

Ducati Cares program pula diperkenal untuk pemilik mengunjungi pengedar Ducati di serata dunia dengan selamat atau berinteraksi secara digital bagi membuat temujanji.

Pengenalan model Ducati 2021 juga akan dibuat di dalam talian pada bulan November hingga Disember 2020.

Ducati pada hari ini mempunyai 730 pengedar dan pusat servis di hampir 90 buah negara. Jumlah keseluruhan pekerja Ducati Motor Holding ialah sebanyak 1,665 orang.

BACA: BASIKAL LIPAT DUCATI, MACAM RANGKA MOTOR BESAR!

BACA: INI DUCATI SUPERLEGGERA V4 NO.1/500, DISERAHKAN KEPADA PEMILIK BERTUAH

BACA: LAZARETH LM 410 – MOTOSIKAL 4 RODA, GUNA ENJIN YAMAHA R1, RM452,500 SEUNIT


Google ads
Back to top button