
BERAPAKAH NILAI MAZDA RX-7 FD SEKARANG – BERAPA PASANG BUAH PINGGANG NAK KENA JUAL?
Satu ketika dahulu ketika korang kecik-kecik Mazda RX-7 ni merupakan sebuah kereta sports mampu milik kalau dibandingkan dengan Nissan Skyline GT-R dan Toyota Supra. Honda NSX tak payah cerita la, memang mahal berapi dari dulu lagi. Sekarang, maaf banyak-banyak la nak cari RX-7 FD murah, memang tak ada. Harganya jauh lebih mahal berbanding M3 yang sezaman dengannya.

Harga RX-7 ni memang makin melonjak naik. Dulu kalau ada lelongan di luar negara, harga permulaannya hanya sekitar USD10K tapi kini dah cecah sepuluh kali ganda. USD100K tuan-tuan untuk model yang dalam keadaan baik. Yang dah jadi kereta trek tu lain cerita.
Rekod harga tertinggi RX-7 FD setakat ini ialah USD148K (RM654,308)! Ia terjual dalam lelongan Bring A Trailer 2023. Bukan semua sebab ada juga yang terjual dengan harga USD80K dan USD140K. persamaan antara kesemuanya ialah perbatuan yang rendah, transmisi manual dan masih dalam keadaan asal. Dah nama kereta sports kena la manual. Bani lenguh balik raya 18 jam pakai gear manual tu pi main jauh-jauh.



Nampaknya kereta-kereta sports Jepun pun dah mula mengikut jejak model-model klasik dari Barat dari segi harga.
Lagi pun kebanyakan pembeli sekarang membesar pada tahun 90an dengan menjadikan kereta-kereta JDM sebagai idola mereka. Kini masing-masing dah berusia dan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan mula memburu kereta-kereta idaman mereka sejak sekian lama. Naya la kami yang kuasa beli 100 hp ni dik oii.
Bayangkan selepas dua puluh tahun produksi dihentikan, pembeli sekali lagi memburu kereta-kereta seperti ini yang terjaga rapid an masih dalam keadaan asal. Dah la 70,000 unit dihasilkan dalam tempoh tiga tahun pengeluaran untuk generasi ketiga RX-7. Nak cari pula model manual memang macam nak menyelam jeans kepala kain kat bundle la.
