Motosikal

YAMAHA TINGKATKAN KAPASITI KILANG DI FILIPINA SEHINGGA 800K UNIT SETAHUN

Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan pelan untik meningkatkan kapasiti produksi motosikal di kilang Yamaha Motor Philippines, Inc. (YMPH).

YMPH bertanggungjawab mengilang dan menjual motosikal Yamaha di Pusat Teknologi Lima di wilayah Batangas.

dav

Di bawah pelan ini, kilang baharu itu akan dibina di tapak sama dengan kapasiti tahunannya ditingkatkan daripada 400,000 kepada 800,000 unit setahun. Kilang itu akan mula dibina pada Mei 2019 dan dijangka beroperasi menjelang Julai 2020.

YMPH juga menetapkan sasaran jangka panjang untuk menjual 1 juta unit motosikal di Filipina.  

Permintaan terhadap motosikal di Filipina pada tahun 2018 adalah sekitar 2.26 juta unit. Naik 14 peratus berbanding tahun sebelumnya dan permintaan dijangka terus meningkat.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Yamaha Motor memasuki pasaran Filipina pada tahun 1962. Pada tahun 2007, Yamaha menubuhkan YMPH, selain mula mengilang motosikal dan membina satu sistem yang mampu memberi maklum balas pantas terhadap perubahan pasaran.

Angka jualannya naik kepada 540 unit pada tahun 2018, berbanding hanya 70,000 sekitar tahun 2008.

Tags
Google ads
Back to top button