Artikel Pilihan

PERKHIDMATAN POS JEPUN RAIKAN ULANGTAHUN KE 50 SKYLINE GT-R DENGAN SETEM ISTIMEWA

Jepun sebenarnya mempunyai terlalu banyak produk popular yang dikeluarkan mereka. Mee segera, makanan Jepun, watak adiwira kanak-kanak, siri manga, selipar Jepun dan macam-macam lagi. Tapi bagi kaki kereta sudah tentu ia berkaitan dengan kereta sports keluaran Jepun dan antara yang paling ternama tentulah Nissan GT-R.

Ia juga merupakan satu kebanggaan untuk bangsa Jepun dan sempena dengan ulangtahun ke-50 pengeluaran Skyline GT-R, perkhidmatan pos Jepun turut meraikannya dengan mengeluarkan setem kenangan 50 tahun Skyline GT-R.

Sebenarnya sudah agak lewat ianya dikeluarkan sebab ulangtahun ke-50 Skyline GT-R sebenarnya sudah berlalu pun. Tapi tak kisahlah, GT-R kot? Dah umur 20, 30 tahun pun masih ramai peminat. Tengah hot orang kata.

Set setem ini dijual dengan sepuluh kepingan besar setem bernilai ¥63 di mana setiap kepingan mewakili satu generasi Skyline GT-R dengan tambahan Hakosuka versi 2-pintu dan sedan, R35 versi asal dan facelift dan akhir sekali gambar enjin lagenda yang pernah menjadi nadi GT-R, S20 dan RB26.

Sama seperti set setem istimewa keluaran Japan Post sebelum ini, ia turut disertakan dengan kotak istimewa memaparkan gambar enam generasi GT-R, dari PGC10 sehinggalah ke R35.

Okey, daripada semua generasi GT-R, Hakosuka dapat layanan istimewa sedikit. Dari tingkap kecil belakang kotak set setem ini jelas kelihatan model berskala 1:64 Hakosuka Skyline GT-R berwarna perak. Walaupun turut ditawarkan dalam model 4-pintu, model hardtop coupe memang ikonik sebab inilah rekaan yang kemudiannya diikuti oleh generasi GT-R selepasnya.

Set setem Skyline GT-R ini sebenarnya bukannya sesuatu yang baharu kerana sebelum ini pihak Japan Post pernah menerbitkan beberapa set setem istimewa bertemakan kereta-kereta hebat lain dari Jepun. Antaranya termasuklah Toyota 2000GT, Nissan Fairlady Z, Mazda RX-7 dan Mazda Miata/Roadster. Set-set setem ini dijual di seluruh Jepun tetapi dalam jumlah yang terhad kepada lima ribu unit sahaja dengan harga ¥4,600.

Okey siapa kata hobi kumpul setem tak cool sila sorok kepala celah ketiak bini dia.

Tags
Google ads
Back to top button