KOLABORASI HARLEY-DAVIDSON & MARVEL – KETENGAHKAN 24 WATAK ADIWIRA
Bagi meraikan ulang tahun Captain America yang ke-75, Marvel dan Harley-Davidson telah bekerjasama untuk menghasilkan beberapa model custom dengan motif Captain America serta 24 watak adiwira yang lain.
Sama seperti kereta Suicide Squad, projek yang istimewa itu diketuai oleh para pengedar Harley-Davidson di Australia dan New Zealand. Mereka menggunakan karekter-karekter adiwira dan villain marvel yang popular ke atas jentera Harley-Davidson.
Antara yang meneyerlah ialah Harley-Davidson Street Glide Special dengan tema Captain America dan Black Panther bersama inspirasi Breakout. Selain model Ghost Rider yang hadir dengan pelekat motif api.
Setiap motosikal itu dihasilkan oleh pengedar Harley-Davidson yang berbeza. Antara watak yang diketengahkan termasuklah Ant-Man, Ultron, Spider-Gwen, Thor, Groot, Drax, Iron Man, Black Panther dan banyak lagi.
“Kami telah customised Captain America Street Glide Special untuk memberi inspirasi kepada para pengedar Harley-Davidson di seluruh Australia dan New Zealand bagi membolehkan mereka menghasilkan motosikal custom sendiri,” jelas jurucakap Harley-Davidson, David Turney.
Malangnya, motosikal ini tidak dijual. Tetapi bagi mereka yang tinggal di Australia atau New Zeeland, mereka boleh membuat undian untuk memenanginya. Apa yang perlu dibuat ialah layari laman web rasminya (https://h-dmarvelcustoms.com/competition) dan undi motosikal kegemaran.
Kepada mereka yang memiliki jentera Harley-Davidson, video ini mungkin boleh menjadi sumber inspirasi.