Buletin

SELAMAT TINGGAL SCION…

Semalam, jenama SCION secara rasminya menutup perniagaannya. Jenama di bawah syarikat Toyota di Amerika Syarikat itu dijadualkan menghabiskan produksinya pada Ogos lepas.

Kini jenama Scion akan menggunakan lencana Toyota sepenuhnya. Uniknya di Amerika Syarikat, Scion adalah lambang kejayaan Toyota mempelbagaikan produk khusus untuk pasaran Gen-X.

Scion ditubuhkan pada 2003. Fokusnya jelas, untuk meletakkan jaringan baru model Toyota bagi pasaran golongan muda. Di Amerika, Toyota telah bertapak lama dan sebelum pasca millenia, ia dikenali sebagai kereta biasa, untuk orang tua seperti Abang Japar. Tak sport dan tak rock langsung.

scion 7

Justeru, Toyota telah melancarkan jenama Scion yang merupakan pasaran besar di Amerika syarikat. Sejak dilancarkan pada 2003, Scion telah menjual lebih 1 juta kenderaan.

Setelah 13 tahun dipasaran, ia mencapai sasarannya dengan 70 peratus pembeli adalah pelanggan baru Toyota. 50 peratus daripadanya berumur kurang dari 35 tahun. Kesedaran positif yang telah dicapai ini membuatkan Toyota merasakan sudah sampai masanya untuk melebarkan pengaruh jenama Toyota sendiri.

Mereka menganggap pasaran sudah matang dan jenama Toyota sudah mula boleh berdiri sendiri. Kini Toyota cuma membahagikan pasarannya bersama Lexus, sayap kenderaan mewah mereka. Model paling berpengaruh Scion ialah GT86, kini telah dijual di bawah lencana Toyota 86.

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button