Artikel Pilihan

SELEPAS TREK LITAR SEPANG & LADANG KELAPA SAWIT, RELLIK NIEZARM MASUK KE HUTAN BELANTARA PULA

Nama Rellik Niezarm daripada pasukan JRSpeed Sucimuci ini barangkali agak dikenali dengan dikalangan pelumba trek Litar Sepang bersama jentera Toyota GT86 dan juga sukan rali sebelum ini. Mungkin sukan rali merupakan cabang sukan ekstrem yang pernah beliau sertai setakat hari ini.

Namun baru – baru ini beliau khabarnya telah pun menyertai acara perhimpunan sukan ekstrem yang mungkin dianggap baharu di Malaysia, Rimba Raid di Taman Negara pada 31 Ogos hingga 3 September yang lalu bersama Juruarah, Mohd Shukri Yasri.

Rimba Raid ini merupakan sebuah acara perlumbaan lasak di kawasan hutan eko-pelancongan dengan menggunakan motosikal lasak berkuasa tinggi yang telah pun diadakan semenjak dari tahun 2015 lagi. Dan tahun ini, Rimba Raid ini telah diadakan di Taman Negara, Pahang yang cukup dikenali dengan kawasan eko-pelancongan yang menghijau dengan flora dan fauna.

Tahun ini ianya telah berjaya menghimpunkan sejumlah 270 peserta membabitkan 20 negara dengan sebahagian besar kontinjen peserta datangnya dari Malaysia sendiri. Jarak keseluruhan Rimba Raid ini adalah 200 km dengan laluan off-road yang cukup mencabar.

Dan buat pertama kalinya, tahun ini telah diadakan perlumbaan pertunjukkan Sweep Run untuk kenderaan powersport (ATV / SSV / Buggy) yang telah pun dilangsungkan pada hari terakhir, 3 September 2023.

Dan di acara inilah si Rellik Niezarm telah sertai buat pertama kalinya, sekali gus menambahkan lagi profil perlumbaan beliau yang sebelum ini turut pernah berlumba drag juga.

Menurut Rellik Niezarm, beliau sebetulnya telah diundang (dalam erti kata lain diracun) oleh Farid Jamel selaku orang kuat Usaha Moden untuk menyertai acara ini. Dan akhirnya beliau pun bersetuju untuk turut serta dengan menggunakan Buggy RWD yang dibina oleh Inter Formula (dimiliki oleh Brian Palmer).

Buggy ini menggunakan enjin daripada L2 660 cc serta sistem suspensi daripada RCS bagi membolehkan ianya menempuh pelbagai halangan bentuk muka bumi yang cukup mencabar seperti anak sungai, laluan berlumpur, lalun berbukit berbatu dan kasar.

Menurut Rellik Niezarm lagi, Buggy yang dipandu beliau turut sempat mengalami kerosakan pada rack end ketika melewati Bukit Derita namun ianya berjaya diperbaiki. Memandangkan Buggy yang dibina merupakan 2WD serta mempunyai kedudukan yang agak rendah serta menggunakan enjin turbo, maka kelebihannya adalah ketika laluan laju (fast trail). Cuma tang laluan mencabar tu, memang perit juga nak lepas

Dan akhirnya bagi jejaka yang kacak bergaya suka melompat ini, ianya adalah suatu pengalaman yang cukup berharga apabila dapat menyertai acara yang lasak dan ekstrem ini. Sesuai dengan motto penganjuran, Offroad tak boleh pura – pura memang hati kena kental dalam hutan tu.

Kredit Foto : FBt Tune Photography

BACA : JRSPEED SUCIMUCI TURUT BAKAL BERAKSI DI THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP

BACA : EXN JR SPEED SUCIMUCI RACING TEAM – DARIPADA TOYOTA GT86 SEHINGGALAH KE PROTON SAGA

Google ads

B K

Back to top button