Motosikal

GIVI POINT JOHOR BAHRU RASMI BEROPERASI

Pengeluar aksesori terkenal dan berkualiti dari Itali hari ini merasmikan pembukaan kedai GIVI Point bertempat di Jalan Tampoi, Johor Bahru.

Kedai rasmi GIVI itu merupakan yang ketiga selepas GIVI Point Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Operasi Internasional GIVI, Joseph Perucca dan Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.

Menyedari Johor merupakan salah satu pasaran terpenting bagi GIVI di Malaysia, syarikat berkenaan mengambil langkah untuk menambah pelaburan dengan membuka kedai yang dapat menempatkan semua produk rasmi GIVI. Sekali gus dapat melakukan servis pemasangan aksesori secara percuma.

“Sebenarnya kami mendapat banyak permintaan untuk pembukaan kedai rasmi GIVI Point dari negeri-negeri lain. Namun kami harus memberi perhatian kepada pasaran yang besar dahulu seperti Johor. Pada masa depan, pasti kami akan menambah cawangan GIVI Point ke seluruh negara bagi memenuhi permintaan tersebut”, kata Hai Swee.

Ibu pejabat GIVI di Itali dilapor  sangat berpuas hati dengan pengukuhan pasaran GIVI di Asia, terutama Malaysia.

“Kami memberi sokongan penuh kepada pasaran di rantau ini kerana ia merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia. Banyak jenama motosikal terkenal juga memandang Asia dan Malaysia sebagai lokasi penting untuk pengembangan jenama dan jualan mereka,” jelas Joseph.

Lampu brek ketiga yang dipadankan dengan tapak plet (baseplate) untuk kotak penyimpan GIVI turut diperkenalkan buat pertama kali. Ini adalah salah satu penambahbaikan ciri keselematan yang ditawarkan oleh GIVI.

Sempena pembukaan premis baharu ini, brek ketiga tersebut akan diberi secara percuma kepada para pembeli kotak baru di GIVI Point Johor Bahru selama sebulan sehingga 19 Februari 2018. 

GIVI Point Johor Bahru terletak di No 39, Jalan Tampoi Susur 1, 81200, Johor Bahru. Ia beroperasi pada Isnin – Sabtu 10am – 7pm kecuali Ahad serta cuti umum.

Google ads
Back to top button