Buletin

MASIH BELUM TAHU KELEBIHAN TOYOTA LOYAL-T? NAYA PAK KARIM…SEMUDAH MUAT TURUN APLIKASI AJE.

Sebagai pemilik kereta, ada pelbagai perkara anda mahukan untuk menjadi nilai tambah kepada pemilikan kereta.

Menerusi Toyota Loyal-T, pemilikan kereta menjadi mudah akses dan menguntungkan anda kerana ada banyak tawaran menarik disediakan, membawa nilai lebih besar serta ganjaran lebih baik.

Masih belum tahu cara nak mengumpul mata Toyota Loyal-T? caranya mudah, setiap kali anda melakukan servis kenderaan anda, beli insurans atau melakukan sebarang kerja badan dan cat, anda akan mendapat mata.

Lebih menarik, anda boleh menukar mata terkumpul untuk baucar E-Service yang boleh di tebus untuk servis masa hadapan.

Selain itu, setiap pembelian kenderaan Toyota serba baharu juga disertakan bersama mata ke dalam Toyota Loyal-T.

Melalui Toyota Loyal-T, ia akan memudahkan serta menyenangkan anda di kemudian hari menerusi mata terkumpul yang diperolehi dan dalam masa yang sama, anda menerima servis berkualiti sekaligus memberikan ketenangan minda.

Jadi, bagi pemilik Toyota, manfaatkan Toyota Loyal-T anda dan sekiranya anda belum mengaktifkannya, caranya adalah mudah untuk mendapatkan nilai tambah pemilikan iaitu hanya muat turun aplikasi mudah alih Toyota Drive daripada App Store (iOS) atau Google Play Store (Android) dan daftarkan butiran anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.toyota.com.my/en/servicing-and-support/loyal-t.html

Google ads
Back to top button