
SKUTER EV, EZI TS-1 KINI TIBA DI MALAYSIA MENERUSI MFORCE – RM4,288
MForce Bike Holdings dengan rasminya memperkenalkan jenama skuter elektrik terbaru kali ini menerusi EZI TS-1 yang boleh didapati dengan harga jualan RM4,288.
Menurut MForce, EZI TS-1 ini digerakkan motor elektrik di hab belakang 2kW dan dipadankan bersama bateri jenis Graphene 72V 32Ah yang tidak boleh ditanggalkan.

Hasilnya, skuter ini mampu bergerak sejauh 100km dengan setiap cas penuh. Masa yang diperlukan untuk pengecasan penuh pula adalah 8 jam 30 minit bagi pengecasan 0 hingga 100 peratus.
Sementara itu, kelajuan maksima skuter ini adalah antara 65km/j hingga 70km/j sekaligus sesuai untuk penggunaan dalam bandar dan dalam keadaan trafik tinggi.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk meter digital LCD 7-inci, USB Type-A, cakera brek depan dan belakang dengan sistem CBS (combine braking system), 3 mod menunggang dan Walk Assist Function serta Auto Cruise.
Menariknya, berat keseluruhan jentera ini (tanpa bateri) hanya 82kg manakala ketinggian tempat duduk adalah 755mm.




