Buletin

STESEN ‘SUPERCHARGER’ TESLA RASMI DIBUKA DI SUNWAY BIG BOX, JOHOR

Bagi memudahkan pemilik Tesla di Malaysia dan Singapura, Tesla mengumumkan pembukaan rasmi stesen ‘Supercharger’ pertama di Johor, terletak di Sunway Big Box.

Untuk rekod, stesen ‘Supercharger’ Johor merupakan yang kedua seumpamanya di Malaysia, susulan pembukaan stesen Pavillion KL pada bulan Ogos.

Sempena meraikan pelancaran stesen tersebut, pemilik Tesla boleh menikmati kadar ‘Supercharging’ istimewa pada RM0.63 / kWj untuk masa yang terhad.

Melalui stesen ‘Supercharger’ di Sunway Big Box, terdapat empat pengecas ‘Supercharger’ sekali gus menyediakan pelbagai pilihan pengecasan untuk pemilik Tesla.

Pengecas ‘Supercharger V3’ dengan kuasa sehingga 250kW boleh mengecas Model Y untuk mencapai 270km dalam tempoh hanya 15 minit.

Pemilik Tesla boleh menggunakan aplikasi dalam kenderaan Tesla untuk mendapat panduan lokasi, mengoptimumkan bateri kenderaan (preconditioning) serta mengakses stesen pengecas dengan mudah.

Selain itu, kenderaan Tesla Model Y juga dipamerkan di lapangan utama Sunway Big Box, di mana pelanggan berpeluang merasai sendiri teknologi Tesla.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian hotline Tesla Malaysia di 1800810655.

Google ads
Back to top button