Buletin

SUBARU ASCENT 2022 ONYX EDITION SERBA HITAM. HARGA BERMULA RM156,000

Subaru memperkenalkan model edisi Ascent (2022) Onyx Edition yang menampilkan rupa paras serba hitam dan garang.

Jentera dibangunkan berdasarkan Ascent Premium itu ditawarkan pada harga AS$37,995 (RM156,349).

Rekaan luaran Onyx Edition didatangkan dengan gril, trim tingkap dan rim 20 inci berwarna hitam menyerlahkan lagi sisi istimewa jentera tersebut.

Sentuhan istimewa diteruskan pada ruang dalaman apabila dilengkapi tempat duduk StarTex yang kalis air dipadankan kemasan jahitan berwarna perak.

Selain itu, ia hadir dengan stereng kulit, sistem akses tanpa kunci dipadankan butang pemula tekan dan pelindung lantai khas.

Jentera itu turut memiliki cermin pandang belakang yang mampu malap secara automatik dengan HomeLink, pintu bebas tangan dan sistem brek mengundur automatik.

Memandangkan model ini dibangunkan berdasarkan Ascent Premium, tempat duduk pemandu boleh dilaras dalam 8 kedudukan serta mempunyai sistem pemanasan tempat duduk hadapan.

Onyx Edition mendapat khidmat enjin empat silinder 2.4 liter turbocharge yang mampu menjana kuasa 260 hp dan tork 376 Nm dipadankan transmisi sistem pacuan semua roda.

Ia dijangka memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) pada musim panas nanti. –carscoops.

Google ads
Back to top button