Motosikal

DUCATI SCRAMBLER SIXTY2 DILANCARKAN APRIL INI?

Ducati 400cc Scrambler Sixty2 diperkenalkan hujung tahun lalu. Kehadiran model itu meramaikan lagi ahli keluarga Scrambler milik Ducati.

SCRAMBLERSIXTY2_3

Khabar menariknya bagi pasaran tempatan, Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) dikatakan bakal membawa masuk model tersebut bulan hadapan. Sekali gus menyertai model Scrambler 800cc yang dilancarkan tahun lalu.

Berdasarkan maklumat yang diterima perbezaan harga Scrambler 400 cc dengan model 800cc adalah tidak terlalu ketara.

SCRAMBLERSIXTY2_1

Ducati Scrambler Sixty2 dilengkapi dengan enjin V-Twin 399cc penyejukan udara. Enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa 41bhp.

Ketinggian pelana yang rendah dengan hanya 790mm menawarkan posisi tunggangan yang santai dan selesa. Ducati turut menawarkan ciri ABS sebagai standard bersama cakera tunggal 320mm di hadapan dan cakera 245mm di belakang.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button