
SUBARU TAWAN REKOD DUNIA PERARAKAN TERBESAR. 1,751 KENDERAAN BERKUMPUL DI STI SUBIEFEST 2020
Subaru Tecnica International (STI) Subiefest bersama Subaru of America (SOA) mengumumkan memegang rekod bagi perarakan kereta Subaru terbesar di dunia.
Sebanyak 1,751 kenderaan Subaru berjaya dikumpulkan dalam perarakan kali ini sekali gus memadam rekod terdahulu yang dilakukan pada tahun 2015 dengan 549 kenderaan.
Rekod berkenaan merupakan sebahagian daripada pertemuan tahunan peminat Subaru tahun ini di Amerika Syarikat (AS) yang dianjurkan STI Subiefest.

Memandangkan dunia berdepan Covid-19, pendekatan acara kali ini agak berbeza apabila para pengunjung membentuk barisan kereta bagi memastikan keselamatan para peserta sekali gus melakar sejarah tersendiri.
Bukan sahaja melakar rekod dunia tetapi bagi setiap pendaftaran ia akan disalurkan kepada program amal Feeding America yang dijangka mampu menyediakan makanan dianggarkan sebanyak 500,000.

“Dalam situasi hari ini, semua orang mencari kestabilan dalam kehidupan mereka.
“Kami berharap dengan sumbangan kepada Feeding America, ia dapat memberi keselesaan dan kestabilan makanan kepada mereka yang berdepan kesukaran,” kata Naib Presiden Kanan Pemasaran SOA, Alan Bethke. – motor1
- BACA: PEMILIK SUBARU WRX ‘JUARA’ PALING BANYAK KENA SAMAN MEMANDU LAJU DI AS – KAJIAN
- BACA: SUBARU LEVORG 2020, WAGON + TURBO = KERETA IDAMAN!
- BACA: SUBARU TAMATKAN PRODUKSI BRZ. KEMBAR BAHARU GR86 KELUAR TAHUN 2021
- BACA: SUBARU IMPREZA 22B STi 1998 NAK JUAL £295K (RM1.6 JUTA) DI UK. PLASTIK PUN BELUM BUKA LAGI!