Buletin

GROUPE PSA DAN FCA RANCANG BERGABUNG, 4 TERBESAR DI DUNIA!

Lembaga Penyeliaan Peugeot S.A. dan Lembaga Pengarah Fiat Chrysler Automobiles N.V. pada 31 Oktober secara sebulat suara bersetuju untuk bekerja ke arah penggabungan penuh kedua-dua syarikat melalui perkongsian 50/50.

Kedua-dua lembaga pengarah telah memberikan mandat kepada kakitangan masing-masing bagi memuktamadkan perbincangan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam masa beberapa minggu lagi.

Rancangan untuk menggabungkan pernagaan Groupe PSA dan FCA adalah hasil dari perbincangan intensif di antara pengurusan kanan kedua-dua syarikat.

Rancangan penggabungan itu akan mewujudkan syarikat pengeluar OEM global keempat terbesar di dunia berdasarkan jumlah jualan sebanyak 8.7 juta unit dengan gabungan keuntungan hampir €170 bilion (RM791.82 bilion).

Pemegang saham setiap syarikat pula akan memiliki 50 peratus ekuiti di dalam gabungan baharu dan berkongsi secara sama rata kebaikan dari gabungan tersebut.

Keahlian Lembaga Pengarah terdiri daripada 11 orang dengan lima dicalonkan oleh FCA termasuk John Elkann dari FCA sebagai Pengerusi dan baki lima dicalonkan oleh Groupe PSA.

Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif pula diduduki oleh Carlos Tavares dari Groupe PSA untuk tempoh lima tahun pertama. Beliau juga salah seorang dari ahli Lembaga Pengarah.

Berikut ialah impak dan kekuatan FCA dan Groupe PSA:

  • FCA mempunyai kelebihan di Amerika Utara manakala Groupe PSA di Eropah
  • Bakal menyatukan pelbagai jenama dan segmen seperti mewah, premium, kereta penumpang massa, SUV, trak dan kenderaan perdagangan ringan dan menjadikanya lebih kuat bersama
  • Bakal membawa bersama kekuatan kedua-dua syarikat di dalam teknologi seperti nadi kuasa elektrifikasi, pemanduan autonomi dan sambungan (connectivity)
  • Anggaran sinergi berjumlah €3.7 billion (RM17.23 bilion) setahun tanpa penutupan sebarang kilang

Fiat Chrysler Automobiles (FCA) memiliki pelbagai jenama dibawahnya seperti Abarth, Alfa Romeo, Chrysler, Dodge, Fiat, Fiat Professional, Jeep®, Lancia, Ram dan Maserati dengan hampir 200,000 pekerja di serata dunia.

Groupe PSA mempunyai 210,000 pekerja di peringkat global dan memiliki lima jenama iaitu Peugeot, Citroën, DS, Opel dan Vauxhall.

Di Asia Tenggara , Groupe PSA mempunyai operasi bisnes dengan penawaran model yang konsisten kepada pasaran. Groupe PSA mempunyai kerjasama dengan Kumpulan NAZA bagi pemasangan kenderaan termasuk program eksport ke luar negara.

BACA: PEUGEOT 208R2, KERETA RALI ENJIN KECIL 3 SILINDER

BACA: KEGILAAN SUV: ALFA ROMEO STELVIO QUADRIFOGLIO CATAT REKOD PERTAMA DI 3 LITAR

BACA: LEXUS JUARA, ALFA ROMEO KE-2 DALAM KAJI SELIDIK KEPUASAN KERETA – DRIVER POWER UK ’19

Google ads
Back to top button