Motosikal

SUSAH SANGAT NAK DAPAT NVX? NAH, BELI HONDA VARIO 150 – BERMULA RM7,199 SEUNIT

Selain kapcai, skuter bersesaran 150cc nampaknya semakin mendapat tempat di hati penunggang motosikal di Malaysia.

Tengok sahaja kepada penerimaan pasaran terhadap Yamaha NVX. Laku macam apa entah. Banyak kedai yang tiada stok. Kalau ada pun, banyak yang tidak mahu terima pembelian tunai. Sebaliknya kena buat pinjaman kedai yang kadar faedah serupa Yahudi.

Kini, anda mempunyai satu lagi pilihan jika model yang saya sebut tadi susah sangat nak dapat.

Terimalah Honda Vario 150 yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi oleh Boon Siew Honda ke pasaran Malaysia. Kehadiran Vario 150 menambah varian skuter daripada Boon Siew Honda yang sebelum ini diisi oleh model PCX, BeAT, Spacy dan Air Blade.

Vario 150 boleh anda miliki pada harga RM7,199 dan RM7,399 untuk versi Repsol. Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda mensasarkan untuk menjual 1,000 unit Vario 150 sebulan.

Enjin 150cc, teknologi eSP & ISS

Disifatkan sebagai antara model skuter paling laris di Indonesia, Vario 150 dikuasakan oleh enjin selinder tunggal empat lejang dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 150cc. Ia mampu menjana kuasa mencecah 13.1PS pada 8,500rpm dan tork 13.4Nm pada 5,000 rpm.

Bukan itu sahaja, enjin tersebut dilengkapi teknologi eSP dan Sistem Henti Melahu (ISS) termaju untuk menawarkan prestasi tunggangan dan penjimatan bahan api yang luar biasa

 

Sistem kunci Honda SMART, Brek CBS

Model transmisi automatik itu didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti lampu utama berkembar dan lampu belakang LED, panel meter LCD digital, sistem kunci Honda SMART bersama sistem penggera.

Bukan itu sahaja, jentera ini turut dipasang dengan peredam sporty bersama hujung ekzos aluminium, rim sporty bersaiz 14 inci dengan cakera brek beralun, ruang penyimpanan barang di bawah tempat duduk berkapasiti 18 liter dan dua poket di hadapan.

Vario 150 tidak berkompromi dengan aspek keselamatan apabila dilengkapi Combined Brake System (CBS) yang membantu mengimbangi sistem brek roda hadapan dan belakang.

Buat masa sekarang, Boon Siew Honda tidak menawarkan model dengan sistem brek ABS. Namun, ia bergantung kepada keadaan atau permintaan pasaran pada masa depan.

4 pilihan warna

Dijangka menjadi pencetus trend dalam segmen skuter, Vario 150 didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam mutiara, biru mutiara, perak metalik  dan edisi Repsol yang eksklusif.

Vario 150 kini sudah boleh didapati di semua pengedar sah Boon Siew Honda. Ia hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, satu siri eksklusif Vario 150 akan dilukis dengan bendera Malaysia dan 13 buah negeri menggunakan teknik airbrushed. Motosikal itu akan ditunggang menjelajah ke seluruh negara.

GALERI

Google ads
Back to top button