Artikel Pilihan

SUV/CROSSOVER TERPAKAI. MASIH OK LAGI NI

Anda berminat untuk memiliki SUV dan Crossover terbaru di pasaran, namun lepas puasa window shopping baru anda perasan yang harganya melebihi kemampuan anda. Nak berbelanja lebih dari kemampuan gaji bukanlah satu perkara bijak, tambah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil ini.

Apa kata anda cari SUV dan crossover dari unit terpakai. Dalam situasi cukai SST yang tidak dikenakan pada kenderaan baru, pembeli akan cenderung memilih kereta baru menyebabkan harga pasaran SUV dan Crossover terpakai merosot. Kami sebaraikan unit terpakai yang mungkin menarik perhatian pembaca. Kami janji tak mahal tapi nampak bergaya

1. Honda CRV – Generasi ke 5 yang dihasilkan antara tahun 2011-2015 masih lagi nampak menawan. Kalau anda nak tahu, CR-V menggunakan cesi Civic namun ia ditinggikan bagi menjadikannya lebih tinggi. Model pilihan kami ialah dengan enjin 2000cc iVTEC R20Ayang menghasilkan sekitar 155 kuasa kuda.

Harganya sekitar RM60 ribu ke RM 70 ribu dan cukai jalannya sekitar RM 438. Pada hemat penulis masih lagi berbaloi dan satu ketika dahulu Honda CR-V pernah dinobatkan sebagai tanda aras SUV/Crossover di Malaysia. Sebab itu kami letakkan CR-V sebagai nombor satu dalam senarai kami.

2. Kia Sorento – ketika dilancarkan 5 tahun dulu, ia ditawarkan pada pada harga RM 158,888 bersama dengan sistem keselamatan 6 beg udara, sistem ESC, ABS, dan juga EBD. Berbeza dengan CR-V, Sorento sebenarnya boleh dikelaskan dalam segmen D, jadi tak hairanlah ia dikuasakan dengan enjin 2400cc yang menghasilkan 176 kuasa kuda.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan bersama dengan sistem AWD. Ia mampu memuatkan 7 penumpang dengan sistem penyaman udara sehingga ke barisan tempat duduk ke tiga. Kalau tuan pandai cari, sekitar RM 50,000 dah boleh jumpa. Bagi penulis, amat berbaloi.

3. Mazda CX-5 2015- pada tahun 2015 Mazda mula memperkenalkan generasi baru CX-5 yang dipadankan dengan enjin SkyActiv 2000cc yang menghasilkan 155 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan SkyActiv Drive. Jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain, dinamik pengendalian Mazda CX-5 memang terbaik.

Kelemahannya ialah pada ruang kabin yang sedikit kecil bagi memastikan ketegaran cesi adalah tinggi. Unit terpakai dijual dalam julat harga antara RM60 ribu ke RM 70 ribu. Ataupun rajin-rajin la masuk ke laman unit terpakai Mazda di SINI.

4. Mitsubishi ASX- jenama Mitsubishi sebenarnya makin lama makin sejuk di Malaysia ini. Namun yang bagusnya model-model yang mahal dulu dah jadi mampu milik macam ASX ni. Ia dibina menggunakan cesi Lancer dan menggunakan enjin 2000cc MIVEC yang menghasilkan sekitar 148 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi CVT. Unit terpakai dijual antara RM 48 ribu sehingga RM 60 ribu bergantung pada keadaan.

5. Toyota Fortuner – ini antara SUV sejati yang lengkap dengan sistem pacuan 4×4. Pilihan penulis ialah varian 2500cc turbodisel kerana ia jimat bahan api dan tak sakit kepala masa proses pembaharuan cukai jalan setiap tahun. Cuma kalau nak cari harga yang mampu milik mungkin kena cari versi tahun 2010-2011 yang dijual sekitar RM 55 ribu.

Versi facelift memang lebih cantik namun harga yang ditawarkan bagi tahun 2012 menjangkau sekitar RM 105 ribu. Agak mahal lagi. Kalau anda na yang murah mungkin boleh pilih versi 2700cc petrol yang boleh didapati pada harga sekitar RM 75 ribu, cuma cukai jalan dia perit la sikit.

Tiguan 1.4 TSI 122pk BlueMotion Techn. Easyline

6. Volkswagen Tiguan 2014 – jenama yang agak kontreversi sebenarnya tapi bagi penulis siapa yang pernah rasa gandingan enjin turbo dan transmisi DSG memang terasa puas hati masa memandu. Cuma jiwa kena kental sikit bila masuk bab penyelenggaraan. Ada 2 versi yang ditawarkan samaada enjin 2000cc turbo ataupun 1400cc turbo

Enjin 2000cc kuasa dia sekitar 210 kuasa kuda dan enjin 1400cc sekitar 160 kuasa kuda. Tiguan ini menawarkan 5 tempat duduk dan ruang kargo yang besar. Harga yang ditawarkan sekitar RM 50 ribu ke RM 60 ribu saja. Tapi pandai-pandai anda cari unit yang OK. Kalau boleh upah mekanik datang buat pemeriksaan semasa tengok kereta

7. Subaru XV 2014 – kalau anda rasa semua pilihan di atas nampak bosan, mungkin anda boleh pilih Subaru XV yang menggunakan cesi Subaru Impreza dan dikuasakan dengan enjin boxer 4 silinder. Ia menghasilkan 148 kuasa kuda dihantar ke tayar menerusi transmisi CVT dengan sistem AWD.

Kelebihan Subaru XV ialah terletak pada rekaan enjin yang membolehkan pengendalian yang bagus walaupun ia merupakan sebuah crossover. Penulis menjumpai sebuah unit ditawarkan harga dengan harga sekitar RM 45 ribu, namun anda boleh meletakkan bajet anda sehingga RM55 ribu bagi unit dalam keadaan yang lebih baik.

Generated by pixel @ 2020-06-05T17:57:09.044622

8. Hyundai Sante Fe 2.2 CRDI – jika Kia menawarkan Sorento yang berkuasa petrol, Santa Fe menawarkan enjin turbodisel yang menghasilkan kuasa sekitar 195 kuasa kuda dan 400Nm tork yang disalurkan menerusi transmisi 6 kelajuan. Ketika mula ditawarkan pada 2015 menerusi unit facelift, harganya menjangkau sekitar RM 190 ribu.

Bagi unit terpakai yang dihasilkan pada tahun 2016, ia boleh didapati dengan harga sekitar RM 65 ribu ke RM 70 ribu bergantung pada keadaan kereta. Satu pilihan crossover yang berbaloi dengan 6 beg udara, cermin panaroma, 7 tempat duduk, dan penyaman udara 2 zon.

9. Ford Kuga – generasi kedua ada dijual dan ditawarkan di Malaysia satu ketika dulu dengan enjin pilhan 1600cc turbo atau 1500cc turbo bagi versi facelift. Kedua duan enjin menghasilkan 180 kuasa kuda dan 240Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik biasa. Halaju maksima ditetapkan pada 200km/j.

Ia ditawarkan dengan ciri AWD, torque vectoring dan juga pintu ruang kargo boleh dibuka dengan menggunakan isyarat kaki. Penulis menjumpai satu unit tahun 2014 yang dihasilkan di Ford Rayong Thailand dijual dengan harga RM 36 ribu. Hmmm menarik. Macam biasa buat kaji selidik dulu sebelum beli dan bawak pomen untuk memeriksa kenderaan di pusat jualan.

10. Peugeot 3008 THP 165 – unit facelift 2016 sebelum model terbaru tahun 2017 dilancarkan. Ia ditawarkan dengan satu pilihan enjin sahaja iaitu enjin Prince 1600cc 4 silinder turbo yang menghasilkan 163 kuasa kuda dan 240nm tork. Semua kuasa dihantar menerusi transmisi 6 kelajuan yang dibekalkan oleh Aisin

Bagi unit yang dihasilkan pada tahun 2016, ia ditawarkan pada harga antara RM 43 ribu ke RM 53 ribu bergantung pada keadaan. Tapi perlu ingat penyelenggaraan kereta Peranchis bukanlah semurah membela Myvi. Jadi pastikan anda hadam dahulu semua harga alat ganti dan masalah yang mungkin berlaku sebelum membeli. Kalau tak meragam, kereta ini memang sedap dipandu.

Google ads
Back to top button