Motosikal

CVO PRO STREET BREAKOUT

Harley-Davidson baru sahaja mendedahkan CVO Pro Street Breakout bersama Low Rider S. Kedua-dua model dijangka akan berada di pasaran Eropah pertengahan musim bunga tahun ini.

Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (1)

Model Harley Davidson Pro Street Breakout dikeluarkan dalam unit terhad. Penampilan yang lebih gelap menyerlahkan karakter perlumbaan drag.

Kemasan baharu termasuk  Smoke Satin Chrome dan Scorched Chrome yang mana dipadankan dengan roda kustom lebih ganas. Bahagian derby dan penutup pemasaan (timing) direka bentuk semula.

Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (4)

Manakala kepingan logam pada tangki minyak dan dan fender belakang menerima semburan cat berwarna Starfire Black atau dua tone  White Gold Pearl/Starfire Black. Kemudian, Harley memberi sentuhan lakaran jalur bermula dari tangki minyak sehingga ke belakang fender.  Grafik berkenaan dilakukan dengan tangan.

Prestasi jentera berkenaan datang dari enjin  Screamin’ Eagle Twin Cam 110B. Enjin penyejukan udara paling berkuasa Harley Davidson.

Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (11)

Keseimbangan kuasa itu dipadu dengan peredam bunyi hitam, intake Screamin’ Eagle Heavy Breather Elite dan klac hidraulik berprestasi tinggi Assist & Slip.

CVO Pro Street Breakout  juga didatangkan dengan suspensi fork terbalik baharu. Keyakinan membrek diserahkan kepada dua cakera brek di hadapan serta ABS sebagai standard.

Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (9)

Penggunaan rim 19-inci di hadapan meningkatkan ketangkasan sementara tayar belakang tapaknya lebih lebar iaitu 240.

Ciri lain termasuk perapian fender hadapan, aksesori Airflow Collection pada bahagian kawalan tangan dan kaki, profil cermin kustom hitam dan konsol lebih rendah.

Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (3)

Peralatan standard lain termasuk electronic cruise control dan H-D Smart Security System yang menampilkan  hands-free integrated security dan locking fob.

GALERI

Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (10)Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (5)Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (7)Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (6)Harley -Davidson- Pro-Street-Breakout-mekanika (8)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button