Motosikal

SUZUKI UK TAWAR AKSESORI & KIT GRAFIK UNTUK GSX-R125

Suzuki UK baru-baru ini memperkenalkan rangkaian aksesori dan kit grafik baharu untuk model sports GSX-R125.

Tawaran itu dibuat bagi membolehkan pemilik meningkatkan lagi gaya motosikal yang sudah sedia menarik.

Pek aksesori tersebut direka khas untuk GSX-R125 berwarna hitam. Ia melibatkan kowling  tempat duduk pembonceng, skrin gelembung, kit grafik berwarna merah dan pelekat pada rim.

Semua barangan tersebut sudah boleh dibeli di semua pengedar sah motosikal Suzuki di seluruh United Kingdom. Ia ditawarkan pada harga £330 (RM1,730) termasuk pemasangan.

Ini membolehkan pelanggan jimat sebanyak £160 (RM838) jika mereka membelinya secara berasingan.

GSX-R125 merupakan penambahan terbaharu ke dalam keluarga Suzuki GSX-R yang popular. Jentera itu menawarkan nisbah berat-kuasa dan prestasi pecutan yang mendahului kelasnya.

Motosikal tersebut juga hadir dengan beberapa ciri tambahan seperti sistem penghidup enjin tanpa kunci, bantuan rpm rendah, lampu utama LED dan banyak lagi.

Di UK, GSX-R125 boleh dimiliki pada harga £4,099 (RM21,500) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button