Buletin

SYARIKAT PEMULA TEMPATAN, ETIENNE INNOVATION LANCAR EQUITY CROWDFUNDING, BINA MOBILITI UDARA

Syarikat pemula tempatan, Etienne Innovation Sdn. Bhd. mengumumkan projek pembangunan pesawat eVTOL; ETN200XA, yang bertujuan untuk merevolusikan Mobiliti Udara Bandar di rantau Asia Tenggara.

Syarikat tersebut sedang berusaha membangunkan pesawat multirotor pengangkutan berat termaju (advanced heavy-lift Multirotor) sebagai penyelesaian yang unik.

Menurut jurucakap syarikat itu, mereka percaya bahawa rantau ini mempunyai potensi untuk merubah sektor penerbangan.

“Etienne bukan sahaja membangunkan pesawat electric Vertical Take-Off and Landing (eVTOL), malah membayangkan berkembang sebagai sebuah syarikat teknologi yang akan mengubah industri penerbangan Malaysia di masa hadapan.”

Seiring dengan perkembangan semasa, syarikat telah melancarkan kempen pengumpulan dana Equity Crowdfunding (ECF) bagi tujuan pembangunan pesawat di pitchIN.my dan menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM500,000.

Secara khusus, 60 peratus daripada modal ECF akan digunakan untuk perolehan komponen terkini dan bahagian untuk pembangunan pesawat, 20 peratus untuk pensijilan pesawat, manakala 10 peratus pula akan digunapakai oleh kerja reka bentuk serta kejuruteraan.

Mengenai ETN200XA, ia dibina untuk pengangkutan bersih, bersesuaian dengan objektif dasar Malaysia iaitu penyahkarbonan serta infrastruktur lebih bersih.

ETN200-XA direka untuk membawa sehingga 200kg muatan dengan jarak perjalanan sehingga 45km pada satu pengecasan penuh. Ia dibangunkan berdasarkan tiga utama prinsip iaitu pengangkutan udara canggih teknologi, infrastruktur tanah berimpak rendah dan model operasi inovatif.

Kempen ini terbuka untuk pelaburan masa yang terhad dan Etienne menjemput semua rakyat Malaysia menjadi sebahagian daripada perintis Advanced Air Mobility development (AAM) di Malaysia.

Untuk mengambil bahagian dalam kempen ECF Etienne, anda boleh melayari https://equity.pitchin.my/businesses/etienne-inovasi-sdn-bhd

Google ads
Back to top button