Motosikal

SYM HUSKY ADV 150 LANCAR MAC INI

Baru-baru ini tular beberapa gambar dan video rakaman yang memaparkan sebuah skuter gaya adventure baharu sedang menjalani ujian jalan raya di Utara tanah air. 

Model yang dimaksudkan itu merupakan SYM Husky ADV 150, sebuah skuter baharu yang akan diperkenalkan di pasaran tempatan..

Menurut sumber, MFORCE bakal melancarkan skuter berkenaan pada bulan Mac ini bersama-sama SYM Maxsym TL508 yang telah pun kami laporkan sebelum ini. 

Menariknya, kami dimaklumkan harga yang bakal ditawarkan adalah kompetitif dan dianggarkan bawah RM10,000. Ini secara tak langsung meletakkan motosikal berkenaan akan bersaing sengit dengan Honda ADV 160.

Untuk rekod, Husky ADV 150 ini menawarkan 14.5hp dan 14.5Nm daripada enjin satu silinder 150cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair. 

Antara ciri ditawarkan termasuk lampu LED penuh, panel TFT berwarna, fork teleskopik, ABS dan tangki 15L. 

Google ads
Back to top button