Buletin

TAHUKAH ANDA KALI TERAKHIR 2 BUAH HONDA DUDUKI PODIUM 27 TAHUN LALU!

Kebelakangan ini kami kerap siarkan prestasi enjin Honda di dalam perlumbaan Formula 1. Jelas kelihatan enjin Honda sudah mula menampakkan belang apabila Max Verstappen menduduki utama grid dan berjaya menaiki podium.

Pada 30 Jun 2019, Max Verstappen yang memandu untuk pasukan Aston Martin Red Bull Racing dengan unit kuasa Honda RA619H menjuarai perlumbaan Grand Prix Austria.

Ini adalah detik manis buat Honda selepas kali terakhir menjadi juara di Grand Prix Hungary pada tahun 2006.

Ini juga kemenangan ke-73 Honda di dalam Formula Satu dan yang pertama di dalam era unit kuasa hibrid.

Sekali lagi pada 28 Julai 2019, Max Verstappen menjuari perlumbaan dan kali ini di Grand Prix Jerman. Ini sebenarnya kemenangan bersejarah apabila sebuah lagi kereta dengan enjin Honda yang dipandu oleh Daniil Kvyat bersama pasukan Toro Rosso menduduki tempat ketiga.

Kali terakhir dua buah Honda berada di atas podium secara bersama ialah 27 lalu pada Grand Prix Portugal tahun 1992.

Perlumbaan yang berlangsung pada minggu lalu berlangsung di dalam keadaan sukar seperti litar yang basah, kawalan kereta keselamatan, kemalangan sesama juara dunia dan sejumlah hentian pit.

Vertsappen memasuki hentian pit pertama selepas dua pusingan bagi menukar tayar kepada jenis pertengahan (intermediate) selepas litar semakin mengering dan kemudian sekali lagi memasuki pit pada pusingan 18 untuk menyalin kepada tayar separa slick.

Pemilihan tersebut ternyata silap apabila Verstappen berpusing di atas litar dan kembali semula ke tayar pertengahan apabila hujan kembali turun.

Seorang lagi pemandu yang menggunakan enjin Honda iaitu Daniil Kvyat pula hanya mengalami sedikit drama malah beruntung apabila beliau di antara yang pertama menukar kepada tayar slick selepas litar kembali mengering.

Beliau yang baru sahaja memperolehi cahaya mata sebelum perlumbaan menggunakan tayar slick Pirelli untuk mara dan memintas Lance Stroll bagi mengambil tempat kedua.

Pada masa ini, keempat-empat kereta yang menggunakan enjin Honda berada di kelompok tujuh teratas dengan dua buah di tempat satu dan dua.

Pierre Gasly

Drama sekali lagi tercetus apabila Valtteri Botas mengalami kemalangan dan kereta keselamatan masuk untuk mengawal perlumbaan dalam masa perlumbaan berbaki lima pusingan.

Babak seterusnya menyaksikan Kvyat berada berhampiran Sebastien Vettel yang mana beliau akhirnya berjaya memintas Kyvat dan mengakhiri perlumbaan dengan pemandu Toro Rosso itu di tempat ketiga.

Kedudukan akhir menyaksikan Verstappen di tempat pertama, Vettel di tempat kedua dan Kvyat di tempat ketiga. Apa yang penting ialah enjin Honda berjaya menamatkan kemarau podium bersama sejak 27 tahun lalu dan ini adalah podium pertama buat Toro Rosso.

Kepada Honda, selamat kembali ke persaingan teratas Formula 1!

Kredit foto: Honda

Tags
Google ads
Back to top button