GIVI RIMBA RAID MAT DALING 2018 – INILAH UJIAN SEBENAR JENTERA ADVENTURE!
Apa yang bermula dengan borak-borak kosong di antara kawan ketika menunggang pada hujung minggu, ia kini berkembang menjadi satu acara motosikal off-road adventure paling dinanti-nantikan di rantau ini.
Saya sempat pergi ke majlis pelepasan GIVI Rimba Raid Mat Daling 2018 yang berlangsung di Xcape Kuala Tahan Resort, Pahang pada 7 Julai lalu.
Sampai sahaja di sana, kemeriahannya begitu terasa. Semua pasukan dilihat sibuk membuat talaan akhir jentera masing-masing sebelum bersaing pada keesokan harinya (Sabtu).
Acara tersebut disertai oleh lebih 120 peserta yang datang dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, China, Perancis, Britain, Australia dan Itali. Sedangkan sebelum ini ia hanya disertai oleh penunggang dari Malaysia dan Singapura sahaja.
Menerima sokongan daripada jenama-jenama terkenal seperti BMW, KTM, Ducati, Triumph, Kawasaki, Luminox, Pirelli dan Red Bull, GIVI menjadi penaja title untuk perlumbaan edisi kelima ini.
Jentera yang bersaing pula terdiri daripada BMW R1200GS, BMW GS Adventure, BMW F800GS, BMW F700GS, BMW F650GS, KTM 690 Enduro, KTM 990 Adventure, KTM 1190R Adventure, KTM 1290 Super Adventure R, Triumph Tiger 800, Yamaha XT1200Z Super Tenere, Honda Africa Twin dan Ducati Scrambler Desert Sled
Mereka semua begitu teruja untuk bersaing dalam laluan rali mencabar sejauh 100km di tengah-tengah hutan tropika, Taman Negara di Pahang.
Harus tahu bahawa GIVI telah banyak melabur dalam segmen motosikal adventure. Tidak ada motosikal dalam segmen yang tidak dikaji dan aksesorinya dibangunkan oleh GIVI.
Ia juga membuatkan GIVI menaja banyak acara pemotoran termasuklah Rali Dakar, Givi Explorer dan banyak lagi.
“Kami sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perlumbaan adventure ini. Jentera yang mengambil bahagian adalah motosikal yang dikaji oleh GIVI untuk dihasilkan aksesorinya demi memenuhi keperluan penunggang di seluruh dunia,” kata Pengarah Luar Negara GIVI International, Joseph Perucca.
Pasukan GIVI diwakili oleh bekas pelumba Cub Prix Wazi Abdul Hamid yang menunggang jentera KTM 640 dan wartawan tourer dari Indonesia, Wisnu ‘Gareng’ Guntoro bersama jentera Triumph Tiger 800.
Pengarah Urusan Rimba Raid Sdn. Bhd., Dato’ Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa pihaknya telah memilih laluan yang menyerlahkan keindahan hutan hujan semula jadi di Malaysia.
GIVI Rimba Raid Mat Daling 2018 diungguli oleh pelumba pasukan KTM, Gabit Salleh yang mencatat masa 2 jam 33 minit 07 saat. Senarai pemenang mengikut kategori adalah seperti berikut:
Tahniah untuk semua!
GALERI