Motosikal

MODEL STREET YAMAHA SALUTO, HANYA RM2,715 …. DI INDIA

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini melancarkan model street Saluto RX 110cc di pasaran India.2016-Yamaha-Saluto-mekanika (4)

Saluto RX dibangunkan sebagai model street generasi seterusnya Yamaha yang menawarkan prestasi dan rekaan luaran sporty pada harga kompetitif.

Enjin 110cc daripada keluarga enjin BLUE CORE itu dikatakan mencapai penjimatan bahan api 13 peratus lebih baik berbanding model Yamaha sebelum ini.

2016-Yamaha-Saluto-mekanika (3)

Penjimatan tersebut dapat dicapai menerusi bentuk kebuk pembakaran yang telah dioptimumkan, bilah-bilah silinder diletak pada posisi lebih efisien dan banyak lagi.

Malah, aplikasi teknologi pengurangan berat pada kebanyakan komponen membuatkan motosikal ini hanya seberat 98kg, paling ringan dalam kelasnya.

2016-Yamaha-Saluto-mekanika (5)

Saluto RX bakal bersaing dalam segmen motosikal 100 hingga 150cc yang mempunyai permintaan paling tinggi. Kategori itu merangkumi 60 peratus jualan tahunan motosikal di India yang berjumlah 16 juta unit.

Pengenalan model ini melengkapkan lagi tawaran Yamaha selepas model Saluto 125cc dilancarkan pada tahun 2015.

Saluto RX ditawarkan pada harga 46,400 rupee (RM2,715) seunit. Yamaha mensasarkan untuk menjual 60,000 unit Saluto RX pada tahun ini.

Google ads
Back to top button