MITI LULUS PERMOHONAN TESLA UNTUK MASUK KE PASARAN MALAYSIA
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) ke Malaysia.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Tesla akan menubuhkan ibu pejabat, pusat pengalaman dan perkhidmatan serta rangkaian Supercharger di negara ini.
Katanya, ini akan mewujudkan pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang lebih tinggi untuk rakyat Malaysia.
“Kemasukan Tesla dipermudahkan oleh MITI menerusi pengenalan inisiatif BEV Global Leaders yang menyasarkan membantu meningkatkan permintaan BEV di pasaran tempatan,” katanya menerusi ciapan Twitter, hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, Tesla merupakan pemohon pertama inisiatif tersebut.
“Ini membuktikan keyakinan Tesla terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia.
“Walaupun telah banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, sambil terus menaikkan profil Malaysia sebagai negara pro-perdagangan, pro-industri dan pro-pelaburan.
“Kami juga akan memanfaatkan ekosistem Elektrik & Elektronik secara strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi teknologi berkaitan mobiliti elektrik.” – DagangNews
- BACA: JOKOWI YAKIN TESLA AKAN MELABUR DI INDONESIA. TAWAR PENGECUALIAN CUKAI, KONSESI MELOMBONG NIKEL
- BACA: TESLA MODEL Y DAN MODEL 3 BERADA DALAM SENARAI TOP 10 KENDERAAN TERLARIS DI DUNIA – TOYOTA, FORD ALAMI PENURUNAN
- BACA: LELAKI INI RAKAM VIDEO GELAGAT WANITA MAHU ISI MINYAK PADA TESLA MODEL 3
- BACA: VIRAL TESLA MODEL 3 ANGKUT GENSET DI BELAKANG, TENGAH MENGECAS KE TU?