TENTANG CALTY DESIGN RESEARCH – SEBUAH STUDIO REKAAN TOYOTA YANG KITA TIDAK TAHU
Kita mungkin sedar tentang bagaimana rekaan Toyota sejak dari dahulu sememangnya kelihatan cukup cantik menarik tertarik kau memang dabom. Namun kita mungkin tidak tahu, tentang asal usul sesuatu model sebelum ianya dihasilkan. Ianya adalah daripada rekaan kereta konsep sehinggalah kepada produksi massa.
Dan Calty Design Research adalah firma yang bertanggungjawab untuk menghasilkan rekaan kereta konsep tersebut bagi Toyota. Ianya telah ditubuhkan semenjak dari tahun 1973 lagi, dengan mempunyai dua fasiliti. Fasiliti pertama di Newport Beach, California adalah bertanggungjawab untuk rekaan konsep manakala di Ann Arbor, Michigan adalah untuk rekaan produksi.
Mula ditubuhkan pada tahun 1973 di El Segundo, California, Calty adalah visi Dr. Shoichiro Toyoda dan Eiji Toyoda. Sungguh pun kewujudannya tidak digembar gembur kan namun Calty bertanggungjawab untuk membangunkan identiti unik dan memberikan inspirasi segar dan kreatif kepada ibu pejabat reka bentuk global Toyota di Jepun.
Dan Noritsuna Watanabe serta David J. Stollery adalah merupakan individu yang bertanggungjawab disebalik penubuhan awal Calty ini.
Model pertama kereta konsep yang dihasilkan adalah Toyota CAL-1 pada tahun 1977. Ianya dibina berdasarkan model prototaip Celica Supra yang merupakan asalnya model Ute tetapi boleh diubahsuai kepada ruang tempat duduk di bahagian belakang.
Ada kisahnya sewaktu Toyota mahu membina kereta mewah, iaitu Lexus LS400 yang disasarkan kepada lelaki yang berusia lingkungan 43 tahun yang berpendapatan $100,000 setahun ketika tahun 1987. Sekumpulan pereka dari Jepun dihantar ke California untuk mengkaji demografi tentang gaya hidup di sana ketika itu. Dan sekumpulan pereka ini bekerjsama rapat bersama Calty untuk mengumpul data dan memberikan input bagi penghasilan model Lexus LS400 kemudiannya.
Kini, Calty mempunyai sejumlah 106 tenaga kerja yang pakar untuk menzahirkan rekaan terhadap model keluaran Toyota dan juga Lexus.
Di era 90an, Calty telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pengeluaran Toyota untuk pasaran Amerika Utara dengan penghasilan model seperti Tacoma (1995), Prius (1997) serta Avalon (2000).
Diantara hasil kerja Calty terkini termasuklah seperti Toyota CHR, Lexus LC500, FT-1 dan juga yang terkini Toyota Baby Lunar Cruiser.
BACA : TOYOTA BABY LUNAR CRUISER CONCEPT – AKHIRNYA KERETA DI BULAN SUDAH DISIAPKAN
BACA : KERETA KONSEP HYUNDAI N VISION 74 MUNGKIN AKAN DIHASILKAN DAN DIJUAL