Buletin

TESLA AKAN HASILKAN CYBERTRUCK LEBIH KECIL UNTUK EROPAH

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk gemar berinteraksi dengan peminatnya di laman sosial Twitter.

Di sanalah dia bercerita tentang perasaan, model terbaharu, menyatakan pendapat atau meluahkan kekecewaannya.

Baru-baru ini, Musk ada berkongsi sedikit tentang trak pikap popular Tesla, Cybertruck. Dia memberitahu Tesla merancang untuk menghasilkan model yang sedikit kecil berbanding prototaip yang didedahkan kepada umum pada November 2019.

Biarpun kecil, Cybertruck tetap dapat menawarkan ruang kabin yang luas. Berbanding pemandu di Amerika Syarikat yang sukakan kenderaan bersaiz besar, Cybertruck lebih kecil itu adalah untuk pasaran Eropah dan dibuat bagi memenuhi citarasa pengguna di sana.

Perkara itu dinyatakan ketika mejawab soalan daripada seorang pembeli berpotensi dari Eropah. Berdasarkan jawapan tersebut, Cybertruck lebih kecil hampir pasti akan menjadi kenyataan.

Musk juga memberitahu jika Cybertruck gagal, Tesla sentiasa bersedia dengan pelan B. Maksudnya, menghasilkan trak pikap seperti yang dikeluarkan oleh syarikat lain, tetapi menggunakan rangkaian kuasa elektrik.  

“Saya tidak risau sangat kerana jika tiada siapa yang nak beli trak pelik ni, kita akan hasilkan trak biasa, tiada masalah. Sudah ada banyak trak pikap yang Nampak hampir sama di luar sana. Pastinya anda boleh tiru rekaan mereka. Jadi itulah strategi kami,” jelas Musk.  

Google ads
Back to top button