Buletin

TESLA FAIL PATEN PENGGILAP CERMIN GUNA PANCARAN LAZER

Tesla dilapor mungkin sedang membangunkan teknologi pancaran lazer untuk menggantikan penggilap cermin utama konvensional.

Pada awal tahun ini, Tesla telah memfailkan satu aplikasi paten yang dipanggil sebagai “Pembesihan kotoran yang berkumpul pada cermin kenderaan.”

“Sistem pembersihan untuk kenderaan melibatkan pemasangan jalur optik yang mengeluarkan pancaran lazer, mengimbas permukaan cermin dan mengesan kotoran yang melekat.

“Kemudian, pancaran lazer akan dikeluarkan secara terkawal bagi menghilangkan kotoran tersebut,” kata seorang kakitangan Pakar Saintifik dan Pengimejan Industri Tesla, Phiroze Dalal.

Tidak jelas sama ada hujan juga diklasifikasikan sebagai kotoran. Tetapi Tesla mahu sistem penggilap cermin itu menghilangkan sebarang kotoran yang menghalang pandangan kamera autopilot secara automatik.

Biarpun kedengaran begitu canggih, Tesla sebenarnya terkenal dengan paten-paten pelik yang akhirnya tidak dikeluarkan pun.

Lagi pun, idea mengeluarkan pancaran lazer berdekatan dengan mata pemandu dan penumpang pasti membuatkan banyak pihak panik.

Google ads
Back to top button