Buletin

TIKUS SUKA ‘SERANG’ KERETA TESLA

Tesla menjadi ‘mangsa’ baharu pengeluar kenderaan yang menjadi isu serangan tikus di Amerika Syarikat.

Menurut laporan New York Post, aduan berhubung serangan tikus ke atas jenama kenderaan terbabit semakin meningkat sekali gus meresahkan para pemilik Tesla.

Ia berikutan para pembeli telah membayar pada harga yang tinggi memiliki kereta baharu mereka tetapi terdedah kepada haiwan perosak itu.

“Kebanyakan pengeluar automotif masa kini menggunakan bahan berasaskan kacang soya pada bahan insulasi wayar jentera terbaharu berbanding bahan berasaskan petroleum disebabkan ia lebih murah serta mesra alam sekitar,” kata Penasihat Perkhidmatan Tesla, Jose Solis.

Masalah berkenaan yang semakin meningkat dalam industri automotif berpunca daripada penggunaan bahan berasaskan soya untuk insulasi pendawaian.

Bahkan, para pengeluar dikritik menggunakan bahan terbabit kerana ia menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus malah terdapat pengeluar berdepan tindakan undang-undang disebabkan isu tersebut.

Begitupun, Tesla tidak pernah lagi berdepan tindakan undang-undang disebabkan isu pendawaian.

Kemungkinan senario itu akan berubah dalam masa terdekat terutama di bandar-bandar besar yang menjadi penempatan haiwan perosak seperti tikus. – carscoops

Google ads
Back to top button