Motosikal

TOPI KELEDAR – JANGAN AMBIL MUDAH

Topi keledar ialah aksesori penting yang berfungsi melindungi kepala anda. Ia merupakan kelengkapan yang wajib dipakai dan penting untuk keselamatan.

batch_bell-bullitt-carbon-helmet-mekanika6

Justeru, janganlah anda berkira dalam soal membeli topi keledar. Tidak rugi sekiranya melabur sedikit wang untuk mendapatkan topi keledar yang berkualiti tinggi.

Berikut adalah beberapa tips dalam memilih topi keledar yang sesuai. Selepas membeli topi keledar yang berkualiti, jangan lupa pula untuk mengetatkan tali di bawah dagu.

  • Pilihla topi keledar mengikut saiz kepala anda. Tidak terlalu sempit atau longgar. Kerana ini menyumbang kepada keselesaan. Sekiranya topi keledar anda longgar, ia berbahaya ketika berlaku kemalangan
  • Sebaiknya pakailah topi keledar muka penuh. Ini kerana ia melindungi seluruh bahagian tempurung kepala. Tidak salah juga memilih topi keledar jenis open face. Tetapi elakkan daripada memakai yang separuh kerana ia tidak memberikan perlindungan maksimum.
  • Gunakan topi keledar dengan bahan keras atau tidak lentur. Bahan keras pada bahagian luar topi keledar dapat memberikan perlindungan lebih baik.
  • Sebaiknya, pilih material bahagian dalam yang lembut dan mampu menyerap peluh dengan baik. Ia bermanfaat ketika cuaca panas dan memberikan keselesaan ketika menunggang dalam jarak yang jauh.
  • Tiada guna sekiranya anda memenuhi segala kriteria di atas, tetapi tidak mengikat tali pengikat dengan kuat. Pastikan tali pengikat diikat rapi agar tidak mudah tercabut jika berlaku kemalangan.

Jadi, sudah tiba masanya untuk menukar topi keledar yang sudah rosak dan terlalu lama itu. Demi kebaikan anda juga.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button