Motosikal

PIRELLI MV AGUSTA DIABLO BRUTALE

Pengeluar tayar, Pirelli dan MV Agusta telah berkolaborasi untuk memperkenalkan model edisi khas.

Pirelli-MV-Agusta-Diablo-Brutale-mekanika (3)

Dikenali sebagai Pirelli MV Agusta Diablo Brutale, jentera tersebut dibina berasaskan kepada model naked MV Agusta Brutale 800.

Agusta Brutale 800 memang terkenal dengan reka bentuk sporty dan teknologi canggih yang digunakannya.

Pirelli-MV-Agusta-Diablo-Brutale-mekanika (4)

Kini, ia dilengkapi tayar supersport terbaharu Pirelli, Diablo Rosso III. Selain tayar, model naked itu juga dilekatkan dengan pelekat yang unik.

Kerangka trellis tubular yang menjadi signatur Brutale 800 diserlahkan lagi dengan warna merah dan perkataan Diablo Rossi pada tangkinya. Kemasan sama boleh dilihat pada fender hadapan, bahagian bawah tempat duduk dan belakang.

Pirelli-MV-Agusta-Diablo-Brutale-mekanika (1)

Garis berwarna merah turut menghiasi tayar dan rim. Dekorasi pada tangki dan fender pula mengambil corak bunga tayar Pirelli sebagai trademark.

Projek asas Brutale 800 bermula pada tahun 2001. Sehingga kini, jentera itu sering tampil dengan bahasa rekaan yang cukup menggiurkan.

Google ads
Back to top button