Buletin

TOYOTA BUKA BILIK PAMERAN DI MITSUI OUTLET PARK

Sempena pembukaan rasmi Mitsui Outlet Park di Sepang yang merupakan antara outlet terbesar di Asia Tenggara, Toyota turut mempamerkan model-model terbaharunya.

Toyota-Mitsui-outlet-park-mekanika (1)

Konsep ‘store di dalam pusat membeli-belah’ itu menunjukkan usaha Toyota untuk berhubung dengan para pelanggannya secara lebih emosional dan relaks.

Dengan tema garaj dan sukan bermotor, premis itu turut menawarkan barangan-barangan TRD.

Toyota-Mitsui-outlet-park-mekanika (2)

Untuk tempoh terhad, para pengunjung berpeluang melihat secara dekat sebuah model perlumbaan 86. Jentera 86 itu merupakan kereta sama yang digunakan dalam perlumbaan seperti Malaysia Championship Series 2015 dan Merdeka Endurance Race 2014.

Toyota-Mitsui-outlet-park-mekanika (5)

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang adalah hasil kerjasama di antara Malaysia Airports Holdings Berhad dan pengendali pusat beli belah Jepun, Mitsui Fudosan. Ia beroperasi dengan konsep ‘factory outlet’ yang menawarkan pelbagai jenama mewah pada harga rendah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button