
Buletin
GMC HUMMER EV DIPANGGIL SEMULA, LAMPU BELAKANG BERMASALAH
Satu kempen panggil semula dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) terhadap model trak pikap elektrik GMC Hummer EV.
Menurut informasi daripada agensi tersebut, GMC Hummer EV dipanggil semula disebabkan oleh masalah perisian yang menyebabkan salah satu atau kedua-dua lampu belakang tidak menyala atau menyala sepanjang masa.
Disebabkan GM baharu sahaja memulakan proses penghantaran stok kepada pelanggan, hanya 10 unit sahaja model Hummer EV yang terjejas, di mana pengeluar itu akan memeriksa dan menggantikan unit lampu secara percuma.
Dalam perkembangan terbaharu, Carscoops melaporkan kesemua 10 unit GMC Hummer telah pun selesai menjalani proses pembaikan dan penggantian lampu belakang – Carscoops





