Buletin

LAMBORGHINI MULA SEMULA PRODUKSI 15 AVENTADOR ULTIMAE. NAK GANTI UNIT MUSNAH DALAM TRAGEDI KAPAL KARGO FELICITY ACE

Lamborghini akan memulakan semula pengeluaran Aventador dalam menggantikan 15 model Ultimae yang musnah dalam kejadian kapal Felicity Ace baru-baru ini.

Kapal kargo terbabit terbakar sebelum musnah dan tenggelam ke dasar Lautan Atlantik.

Dalam kejadian berkenaan, ia ‘membawa’ sekali hampir 4,000 kenderaan mewah dari Kumpulan Volkswagen.

Lamborghini pula memiliki kira-kira 85 buah unit yang merupakan SUV Urus diangkut kapal kargo tersebut.

CEO Stephan Winkelman mengesahkan supercar V12 akan memasuki semula produksi.

Beliau mengakui agak sukar menggantikan unit Aventador Ultimae yang berdepan kemalangan ketika dalam perjalanan menuju pembeli dari Amerika Syarikat.

Tidak dapat dipastikan sama ada produksi semula Aventador akan melambatkan pelancaran premier pengganti model berkenaan. – motor1

Google ads
Back to top button