Buletin

TOYOTA YARIS KERETA TERBAIK EROPAH 2021. TAPAU HABIS MODEL LAIN

Model Toyota Yaris dinobatkan sebagai kereta terbaik 2021 di Eropah (2021 European Car of the Year).

Jentera berkenaan memperoleh sebanyak 266 mata daripada 59 juri dan 14 undian terbaik.

Ia sekali gus menewaskan Fiat 500 yang menduduki tangga kedua dengan 240 mata.

Model Cupra Formentor pula menghubi kedudukan ketiga dengan 239 mata, Volkswagen ID.3 (224 mata), Skoda Octavia (199 mata), Land Rover Defender (164 mata) dan Citroen C4 (143 mata).

Selain itu, Yaris turut menumpaskan hampir berpuluh-puluh model lain termasuk Audi A3, BMW 4 Series dan Mercedes S-Class.

Biarpun, agak pelik, Yaris mendapat tempat berbanding pesaing lebih mahal, organisasi menganggapnya sebagai ‘pemenang yang layak’ merangkumi dalam setiap aspek daripada rupa, kualiti, peralatan keselamatan dan keselesaan, prestasi serta pengendalian.

Ia turut mendapat pujian kerana didatangkan enjin 1 liter yang berkesan, teknologi hibrid dan varian GR mengujakan para peminat automotif.

Dalam petikan para juri penilai mengatakan, Yaris merupakan kenderaan serba lengkap dalam segmennya yang menawarkan ciri keselamatan kelas pertama.

Model berkenaan yang direka semula turut menampilkan pemanduan mudah, menjimatkan bahan api dan boleh dipercayai.

Para pembeli turut bersetuju dengan keputusan tersebut apabila Yaris menjadi model paling laris di Eropah membuktikan kewibawaan jenama di bawah panji Toyota itu.

Kemenangan berkenaan merupakan pencapaian kali ke dunia di benua Eropah kerana Yaris pernah dinobatkan sebagai Kereta Terbaik Eropah pada tahun 2000. – carscoops

Google ads
Back to top button