Pandu Uji

TOYOTA RUSH FACELIFT 2015

Sejak dilancarkan pada tahun 2008, Recreational Urban SUV Toyota Rush nyata popular.

Toyota-Rush-facelift-2015-mekanika (4)

Kini, Rush telah menerima perubahan  dari segi kosmetik supaya tampil lebih maskulin dan sporty. Perubahan itu melibatkan bampar hadapan, gril radiator dan bonet. Kemasan gentian karbon dan tona dua warna pada bampar nyata menyerlahkan lagi personaliti Rush.

Untuk membezakan varian Rush 1.5G dan 1.5S, Rush 1.5S dipasang dengan lampu LED pada bahagian bawah lampu utama bersama lensa yang digelapkan serta sepasang lampu kabus.  Sementara rim bersaiz 16 dibalut dengan tayar 215/65 yang lebih lebar.

Toyota-Rush-facelift-2015-mekanika (1)

Bahagian kabin Rush mengetengahkan rekaan yang ringkas dengan tema warna kelabu gelap. Alas tempat duduknya dijahit dengan benang berwarna merah agar lebih sporty, melengkapkan lagi tema warna putih merah pada panel meter.

Rush merupakan satu-satunya SUV dalam kelasnya yang menawarkan tiga baris tempat duduk. Baris tempat ketiga boleh dilipat untuk ruang kargo lebih besar. Ia juga mempunyai corong pendingin hawa di belakang demi keselesaan semua.

Toyota-Rush-facelift-2015-mekanika (2)

SUV ini dikuasakan oleh enjin DOHC (3SZ-VE) empat silinder dengan VVT-i bersesaran 1.5 liter. Ia mampu menjana sehingga 109PS @ 6,000rpm dan tork puncak 141Nm @ 4,400rpm.

Model 2015 ini juga hadir bersama stereng elektrik (EPS). Dari segi keselamatan pula, Rush dilengkapi dua beg udara, kerangka Global Outstanding Assessment (GOA), sistem brek ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD), ISOFIX dan pam tayar mudah alih.

Ditawarkan dalam tiga varian, Rush 1.5S automatik berharga RM103,300 Rush 1.5G (AT) RM 100,300 dan Rush 1.5G (MT) RM98,000 seunit (harga di atas jalan termasuk insurans dan GST).

Rush didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu kelabu metalik (warna baharu), putih, hitam, perak dan emas metalik. Ia juga hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button