Artikel Pilihan

TOYOTA VIOS CHALLENGE PUSINGAN 1 DI KUALA TERENGGANU PAMER AKSI DRAMATIK

Pusingan 1 musim kedua Toyota Gazoo Racing Festival bermula penuh dramatik semalam apabila pelumba selebriti, amatur dan profesional bersaing dalam Toyota Vios Challenge.

Ketika ada pelumba yang beraksi cemerlang, ramai juga terpaksa berdepan cabaran di litar yang dibina khas berhampiran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu itu

KELAS PROMOTIONAL

Pelakon Diana Danielle nyata memanfaatkan pengalaman bersaing dalam Toyota Vios Challenge musim lalu apabila menjadi juara.

Dia mencatat masa 2.4 saat lebih pantas di hadapan Akim Ahmad dan Janna Nick yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

“Jurulatih saya pesan supaya terus menjauhkan diri daripada pelumba lain dan itulah yang saya lakukan. Saya juga mengambil kesempatan di atas pelbagai insiden yang berlaku sepanjang perlumbaan 22 pusingan ini” kata Diana.

Tempat keempat dihuni oleh Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama. Manakala penyanyi Wany Hasrita berada di tempat kelima.

KELAS SPORTING

Selebriti Shawn Lee mengejutkan ramai orang apabila mencatat kedudukan podium pertama selepas berpindah ke Kelas Sporting daripada Kelas Promotional.

Dia berada di tempat kedua selepas Brendon Lim, sebelum diikuti oleh Kenneth Koh di tempat ketiga.

“Saya rasa agak gementar kerana ini adalah perlumbaan pertama saya dalam Kelas Sporting. Tetapi saya berjaya menggunakan segala pengalaman musim lalu untuk bertenang dan menamatkan perlumbaan,” kata Shawn.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Shukri Yahaya apabila melanggar tembok di selekoh keempat dalam pusingan pertama lagi.

“Saya memandu terlalu laju ketika memasuki selekoh ,langgar tembok dan salah satu tayar pecah, memaksa saya masuk ke dalam pit,” kata Syukri yang kemudian sempat menyambung perlumbaan dan berada di kedudukan terakhir.

KELAS SUPER SPORTING

Mempamerkan perlumbaan sengit, pelumba William Ho, Boy Wong dan Kenny Lee menamatkan pelumbaan dengan beza cuma satu saat dia antara satu sama lain.

Kenny yang memulakan perlumbaan di posisi pertama dilihat terganggu dengan masalah jentera, sebelum dipotong William dan Boy Wong dari pasukan ST Wangan Racing.

Keifli Othman yang memandu pasukan Laser Motor Racing berada di tempat keempat. Manakala Mark Darwin dari pasukan Dream Chaser menduduki posisi kelima.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button