
JENTERA SUPER RARE MCLAREN ELVA MENDARAT DI MALAYSIA. HARGA ASAS RM8.2 JUTA SAHAJA
McLaren Kuala Lumpur hari ini memperkenalkan jentera terbaharunya, McLaren Elva ke pasaran tempatan.
Ia merupakan edisi kelima dalam McLaren Ultimate Series yang terdiri daripada model F1, P1, Senna dan Speedtail. Untuk makluman, Elva bermaksud “she goes” dalam bahasa Perancis.
Elva dihasilkan sebagai tribute kepada jentera lumba McLaren Elva Mk1 pada tahun 1960-an. Pada asalnya, sebanyak 399 unit hendak dibina namun McLaren hanya hasilkan 149 unit untuk di dunia.

Berbeza dengan model di luar negara yang tidak mempunyai bumbung, tingkap dan cermin utama, Elva untuk pelanggan di Malaysia hadir dengan cermin depan.
Dengan adanya cermin utama, maka teknologi yang dikenali sebagai Active Air Management System (AAMS) tidak dipasang. AAMS sebenarnya berfungsi membentuk ‘gelembung udara’ yang McLaren panggil sebagai “a bubble of calm”.
AAMS memaksa angin untuk masuk daripada bampar hadapan dan dilencongkan melalui satu deflector setinggi 15cm sebaik sahaja kereta dipandu melebihi 45km/j jam.

Sensasi pemanduannya seperti menunggang motosikal dan pemandu perlu memakai cermin mata atau topi keledar jika hendak memandu pada kelajuan tinggi.
Dari segi luaran, Elva sarat dengan elemen gentian karbon. Maka tidak hairanlah jika ia hanya seberat 1,300kg atau lebih 20kg sahaja berbanding model tanpa cermin utama.
Rekaan belakang diserlahkan dengan sepasang lampu LED dan empat corong ekzos yang menghasilkan nota bunyi berbeza. Tidak ketinggalan, active rear wings yang akan naik secara automatik, bergantung kepada downforce yang diperlukan.
Bahagian bawah pula dipasang dengan peresap udara yang juga diperbuat daripada gentian karbon.

Elva dikuasakan oleh enjin 4.0 liter twin turbo V8 yang diletakkan di bahagian tengah jentera (mid-engine configuration). Enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 804hp dan tork 800Nm.
Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda roda belakang menerusi kotak gear tujuh kelajuan klac berkembar. Rangkaian kuasa tersebut membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma 2.8 saat. Manakala pecutan 0-200km/j pula mampu dicapai dalam masa 6.7km/. kelajuan yang hampir sama boleh dibuat oleh jentera Formula 1 McLaren.
Masuk ke dalam kabin, bahagian peha tempat duduk seikit pendek. Ini bagi memudahkan urusan keluar masuk dan pemandu boleh berdiri di dalamnya. Pemandu boleh menukar mode pemanduan sama ada Comfort, Sport atau Track menerusi satu tombol pada sebelah kanan konsol meter.
Skrin infohibur yang diposisikan secara menegak itu mudah dioperasi. Konsol tengah sangat simple, hanya menempatkan butang penghidup enjin, serta butang D, N dan R.

Tempat duduk Elva juga hadir dengan kusyen yang nipis. Bahagian kiri dan kanan perehat kepala dipasang dengan pembesar suara untuk sistem audio.
Harganya? Kalau di pasaran Amerika Syarikat, Elva ditawarkan pada harga AS$2 juta atau lebih RM8.4 juta. Kena ingat, itu hanyalah harga asas yang tidak termasuk apa-apa bentuk customization.
McLaren memberitahu, Elva hanya boleh dibeli oleh pelanggan terpilih. Senang cakap, walaupun duit kau menimbun, belum tentu boleh beli jentera ini.
- BACA: JAM TANGAN RICHARD MILLE RM1.2 JUTA MILIK PELUMBA F1 MCLAREN DIROMPAK SELEPAS FINAL EURO 2020
- BACA: PEMANDU LORI MENANG CABUTAN BERTUAH. MILIKI MCLAREN 720S SPIDER
- BACA: KEMALANGAN PERTAMA MCLAREN ARTURA DILAPORKAN BERLAKU DI SEPANYOL
- BACA: SIRIH PULANG KE GAGANG, GULF KEMBALI BERSAMA MCLAREN!
GALERI
























