Artikel Pilihan

TOYOTA YARIS GRMN 1.8 UNTUK DIJUAL

Aduh. Tiba – tiba rasa meleleh pula melihatkan gambar kereta ini. Barangkali sebelum ini ramai yang tidak begitu kisah tentang Toyota Yaris ini. Persepsi masyarakat, kereta ini kelihatan sangat comel dan cukup sesuai untuk dipandu oleh kaum hawa.

Tapi semenjak Toyota memilih Toyota Yaris ini untuk mengangkat darjat dengan meng-WRC-kan, tak semena mena ramai yang membuka mata. Dan apabila Toyota Yaris WRC berjaya mengungguli mahkota kejuaraan WRC tahun lepas, maka, semakin banyaklah mata yang mula memandang bahawa Toyota Yaris yang kelihatan biasa boleh berubah menjadi garang dan laju.

Dan akhirnya Toyota memutuskan untuk menjadikan model produksi massa mereka ini kepada sesuatu yang lebih istimewa dan berkuasa. Maka terhasilah Toyota Yaris GRMN. Kira macam antara Karya Agung lah senang cerita.

Debut awal Toyota Yaris GRMN di Genewa Motor Show 2017 dengan model prototaip menggunakan empat pintu. Tapi ketika model sebenar produksi, Toyota memutuskan untuk menjadikannya lebih kelihatan sporty. Cukup dua pintu. Kereta hot hatch sebegini jarang sangat nak bagi member tumpang. Bawa makwe sebelah cukuplah kan.

Model supermini ini menggunakan enjin 1.8 liter dengan Supercharged yang mampu memecut dari kosong hingga ke 100 km/j dalam tempoh 6.4 saat sahaja. Manakala kelajuan maksimum yang boleh dicapai adalah 230 km/j. Sikit lagi nak menyamai kelajuan fitnah. Maklumlah, zaman sekarang ni fitnah bukan main cepat sampai.

Entah macam mana, model yang dikhususkan untuk pasaran Eropah kini boleh tercampak di Singapura. Unit terpakai ini sedia untuk dibeli untuk pemilik berikutnya. Memang nampak kacak dan garang betul Toyota Yaris GRMN ini. Rekaan grafik warna hitam / merah berjaya memberikan aura WRC pada model ini.

Harga yang diminta hanyalah $168,800 (RM517,294). Mahal? Tapi kepada yang reti menghargai dan punya wang bukanlah satu isu. Cukup masa, ianya akan diburu oleh para pengumpul sampai ke lubang cacing. Benda rare ni.

Tahukah bahawa jumlah keseluruhan produksi yang dibina Toyota Yaris GRMN 1.8 ini hanyalah 400 unit sahaja. Dan 2 daripada unit ini berada di bumi Temasek. Tapi masalahnya mengapakah kereta sedap sebegini ditadkirkan berada di Singapura? Sana mana boleh pandu laju laju oi! Nak kena masuk highway Malaysia baru boleh tekan pedal sampai berdiri pun tak jadi apa. Ke Guane?

Kredit Foto : sgcarmart.com

BACA : TOYOTA YARIS GRMN GUNA ENJIN 1.8 LITER BERKUASA 205 HP

BACA : TOYOTA USA TANYA BETUL KE NAK GR YARIS NI

Google ads

B K

Back to top button