Buletin

BUGGY DUNE JLO KENA TUNDA. TAK SEMPAT SANTAI KAT PANTAI

Bergelar selebriti tidak menjanjikan kebal terhadap undang-undang. Ini yang terjadi kepada bintang Hollywood, Jennifer Lopez (J Lo) apabila kereta buggynya ditunda pihak berkuasa di Hamptons, New York, Amerika Syarikat.

Menurut laporan TMZ, kejadian berlaku ketika Jennifer membawa dua anaknya dan krew beriadah di pantai. Sebanyak tiga Buggy Dune terlibat dalam insiden berkenaan yang diketuai Jennifer.

Lebih malang, kesemua mereka tidak sempat beriadah di pantai. Ia berikutan bintang berkenaan dan krewnya tidak mengetahui bahawa mereka memerlukan permit untuk memandu buggy di kawasan pantai.

Pihak polis telah menunda kesemua buggy tersebut kerana tidak memiliki permit sekali gus meninggalkan selebriti berkenaan dan krewnya tanpa kenderaan untuk pulang ke rumah.

Sebelum anda bersimpati dengan J Lo, dia telah menghubungi rakannya atau teman lelakinya untuk membawa mereka pulang.

Google ads
Back to top button