Buletin

EV MANUAL TOYOTA BAKAL DEBUT PADA 2026: “INI HAL SERIUS UNTUK DIJAYAKAN!” – KOJI SATO

Apabila Toyota mempatenkan untuk membina transmisi manual bagi kenderaan elektrik tahun lepas, ramai orang meragui keupayaan itu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Koji Sato menegaskan bahawa membangunkan simulasi manual untuk BEV adalah hal yang serius untuk dijayakan.

Tambah Koji Sato, anjakan, bunyi bising dan segala-galanya adalah “hobi” peribadinya.

Menurut presiden kilang BEV Toyota, Takero Kato, beliau akan menghantar transmisi manual EV ke Bengkel Teknikal Toyota awal minggu ini. Manual simulasi berkemungkinan bakal debut seawal 2026 bersama pek bateri generasi seterusnya.

“‘EV manual’ ialah teknologi yang hanya boleh dicapai oleh pembuat kereta,” kata Kato semasa pembentangan strategi EV generasi seterusnya.

“Di samping rangkaian kuasa dan reka bentuk, kami mahu menawarkan pengalaman ‘wow!’ kepada pelanggan kami.”

Pek bateri baharu Toyota menjadi tumpuan pembentangan pembuat kereta itu, namun, strategi BEV keseluruhannya menjelaskan, Toyota tidak berpuas hati hanya membina kenderaan untuk menghantar manusia dari A ke B.

Toyota menjangkakan bateri lithium-ion generasi seterusnya mampu menawarkan jarak gerak melebihi jarak 600 batu.

Sekiranya ia belum memadai, bateri pepejal pertama pembuat kereta itu akan mula diperkenalkan pada tahun 2027 dengan jarak gerak kira-kira 745 batu, sementara masa cas semula hanya 10 minit.

Bukan itu sahaja, pek bateri pepejal kedua dijangka didedahkan sebelum 2030, di mana ia berpotensi menawarkan jarak lebih daripada 930 batu.

Google ads
Back to top button